pulau pinang haramkan homestay

Kerajaan Pulau Pinang Rancang Mahu Haramkan Homestay !

Dikemas Kini: 15 Disember 2023
Surga Route

Sebut mengenai Pulau Pinang, pastinya orang ramai sedia maklum di mana negeri ini sememangnya cukup popular dengan pelancong.

Di sebalik pelbagai keistimewaan di negeri ini, tindakan segelintir pelancong yang menginap di homestay  terkadang memberi membuatkan penduduk setempat kurang senang dengan tindakan yang dilakukan.

Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri Pulau Pinang dilaporkan sedang merancang untuk mengharamkan penawaran homestay dalam usaha memberi keselesaan kepada penduduk setempat.

Exco negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, walaupun tempoh pengharaman itu belum diputuskan, kerajaan negeri sudah bersetuju dengan rancangan itu, berdasarkan pelbagai aduan daripada kumpulan penduduk.

“Sama ada rakyat suka atau tidak, kami akan berpendirian tegas dalam perkara ini. Kawasan perumahan untuk penduduk. Jika anda sedang bercuti, pergi ke hotel,” katanya kepada FMT.

Katanya, garis panduan ituakan memberi kuasa kepada badan pengurusan pangsapuri, kondominium atau sebarang hartanah berstrata mengambil tindakan terhadap pemilik rumah ingkar yang membenarkan penyewaan jangka pendek.

“Kami mungkin negeri pertama yang berbuat demikian. Satu lagi garis panduan akan diperkenalkan untuk hartanah bertanah, sementara menunggu isu perundangan yang perlu kami selesaikan.”

Difahamkan Kerajaan Pulau Pinang turut memaklumkan tindakan menyewakan unit kediaman boleh dilakukan sekiranya mendapatkan persetujuan sekurang-kurang 75% penduduk serta perlu mempunyai rekod pada data mesyuarat agung tahunan.

Jagdeep berkata, disebabkan jumlah harta berstrata di Pulau Pinang adalah ketiga tertinggi dalam negara, garis panduan itu akan berfungsi sebagai jaringan keselamatan dan keselamatan sosial untuk penduduk.

Sumber : FMT

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram