Kerajaan Sarawak Rancang Tubuh Syarikat Penerbangan

Tag:
Dikemas Kini: 19 April 2022
Surga Route

Kerajaan Sarawak merancang untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan kecil yang dapat menghubungkan negeri itu dengan beberapa bandar utama di Asia Tenggara.

Usaha ini juga disasar membantu usaha menjana ekonomi negeri melalui eksport hasil pertanian, selain memenuhi permintaan perjalanan individu dan pelancongan.

Kerajaan Sarawak Rancang Tubuh Syarikat Penerbangan

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri melihat sebuah syarikat penerbangan kecil milik sendiri yang dilengkapi dengan pesawat yang tidak terlalu besar, memuatkan sekitar 100 hingga 200 penumpang untuk membawa masuk pelancong, diperlukan ketika ini supaya penduduk tidak terlalu bergantung kepada syarikat penerbangan komersil lain.

Operasi penerbangan itu juga akan tertumpu kepada hab yang strategik selain rancangan awal adalah bagi menyediakan khidmat penerbangan secara terus dari Sarawak ke Kuala Lumpur, Singapura, Thailand, Indonesia.

Kerajaan Sarawak Rancang Tubuh Syarikat Penerbangan
Singapura
Kerajaan Sarawak Rancang Tubuh Syarikat Penerbangan
Bangkok
Kerajaan Sarawak Rancang Tubuh Syarikat Penerbangan
Jakarta

Selain itu, turut berada dalam senarai penelitian ialah Manila dan Hong Kong yang dilihat berupaya memberikan kesan positif terhadap pertumbuhan ekonomi negeri, khususnya sektor pelancongan.

Kerajaan Sarawak Rancang Tubuh Syarikat Penerbangan
Manila
Kerajaan Sarawak Rancang Tubuh Syarikat Penerbangan
Hong Kong

Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata Sarawak kaya dari segi warisan budaya dan sumber alam, namun hubungan jaringan udara yang terhad menjadi cabaran untuk ia terus membangun dan meningkatkan pelancongan domestik serta antarabangsa.

“Kini, pelancong gemar memilih penerbangan terus kerana lebih mudah, menjimatkan masa dan kos, namun tidak banyak penerbangan disediakan menghubungkan negeri ini dengan destinasi luar.

“Sebaliknya, pelancong perlu transit terlebih dulu di Singapura atau Kuala Lumpur untuk datang ke Sarawak.

Ini tentunya menyebabkan mereka (pelancong) tidak menjadikan Sarawak sebagai destinasi utama,” katanya.

Abang Johari berkata, walaupun beberapa syarikat penerbangan membuka laluan penerbangan baharu menghubungkan Sarawak ke destinasi antarabangsa sebelum ini, kebanyakannya tidak dapat kekal beroperasi atas pelbagai alasan.

“Mereka (syarikat penerbangan) sentiasa keluar ‘setengah jalan’. Kita memahami mereka mempunyai kebimbangan sendiri kerana ini adalah perniagaan...yang ada untung dan rugi, selain risiko yang berkaitan.

“Namun, kita memerlukan lebih banyak masa untuk membina aliran pelancong yang mampan.

Justeru, Sarawak sangat serius dalam menubuhkan syarikat penerbangan sendiri, bukan yang besar tetapi cukup untuk menghubungkan negeri ini ke beberapa destinasi utama dan berpotensi,” katanya.

Beliau menjelaskan inisiatif itu bukan sesuatu yang baharu kerana Kerajaan Sarawak pernah mengemukakan hasrat mengambilalih operasi MASwings daripada Malaysia Airlines Berhad (MAB), namun rundingan dijalankan tidak membuahkan hasil positif.

Kerajaan Sarawak Rancang Tubuh Syarikat Penerbangan

Katanya, antara sebab ketika itu ialah kebimbangan MAB sekiranya Sarawak menjadi pesaing mereka apabila kerajaan negeri mengambil alih MASwings.

Sementara itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching kini dihubungkan dengan empat destinasi antarabangsa iaitu Singapura, Bandar Seri Begawan dan Pontianak, termasuk penerbangan terus antara Kuching - Shenzhen - Kuching yang dilancarkan pada Oktober 2017.

Selain itu, kerajaan Sarawak juga sedang mengendalikan pelan induk untuk menaik taraf kemudahan di taman negara bagi memberikan pengalaman yang lebih selesa kepada pelawat.

Merujuk kepada Lapangan Terbang Landasan Pendek Bebuling yang dianggarkan menelan kos RM108.1 juta dan dijangka siap pada September 2023 pula Abang Johari berkata, operasinya dilihat berpotensi menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian dan pelancongan di kawasan luar bandar

“Lapangan terbang ini penting sebagai pusat pengangkutan untuk menghantar hasil makanan dan produk makanan dari Betong, Spaoh dan kawasan berdekatan, selain lokasinya yang berdekatan dengan kawasan tarikan pelancongan Batang Ai,” katanya.

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram