keretapi sarong pavilion 2022

Keretapi Sarong 2022 Berlangsung Meriah. 5000 Orang Sambut Hari Malaysia Dengan Cara Unik

Tag:
Dikemas Kini: 16 September 2022
Surga Route

Selepas dua tahun penganjurannya ditunda dek pandemik COVID-19, kali ini program Keretapi Sarong 2022 kembali menyemarakkan sambutan Hari Malaysia di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Program ini mengajak orang ramai menaiki pengangkutan awam dengan memakai kain sarung sama ada batik atau pelekat yang menjadi simbol kebudayaan dan warisan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Bertemakan 'Retro Kuala Lumpur', dianggarkan seramai 5,000 peserta hadir memeriahkan hari bersejarah negara, dengan rata-rata peserta segak memakai pakaian bertemakan retro dengan padanan kain sarung.

Kami sendiri turut sama turun memeriahkan acara Keretapi Sarong ini dan mendapati sambutan kali ini cukup luar biasa.

Keretapi Sarong 2022 Berlangsung Meriah. 5000 Orang Sambut Hari Malaysia Dengan Cara Unik

Program yang diadakan ini sememangnya dapat meraikan kerencaman budaya masyarakat di Malaysia disamping mempromosi penggunaan pengangkutan awam.

Antara aktiviti yang ada adalah persembahan Malaysian Fusion, tarian joget lambak serta penyampaian hadiah bagi busana terbaik.

Program ini menjadi lebih meriah apabila orang awam yang menyertai program ini turut sama-sama bergembira, menari dan menyanyi pelbagai lagu rakyat.

https://www.tiktok.com/@surgaroute/video/7143898286687145242?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7129865242700531202

Perlu Diperluaskan Lagi

Harapan kami, program Keretapi Sarong perlu diperluaskan ke seluruh negara agar semua masyarakat dapat bersama-sama meraikan dan menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia pada masa akan datang.

Keretapi Sarong 2022 Berlangsung Meriah. 5000 Orang Sambut Hari Malaysia Dengan Cara Unik

Bagi kami, program yang mempromosikan sarung busana asli itu sewajarnya memanfaatkan jajaran pengangkutan awam sedia ada, bukan sahaja di Lembah Klang tetapi di seluruh negara ini.

Jadi, orang ramai tidak perlu melakukan perjalanan yang jauh untuk ke Kuala Lumpur bagi menyertainya. Barulah untuk semua rakyat Malaysia !

5 2 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Kereta Api Sarong memang best!

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram