AirAsia Mohon Maaf

KPDNHEP Siasat AirAsia Susulan Dakwaan Perubahan Jadual Penerbangan

Dikemas Kini: 18 Mei 2022
Surga Route

Sebelum ini, tular di media sosial berkaitan rungutan dan keluhan penumpang pesawat AirAsia yang mengalami pertukaran jadual penerbangan secara tiba-tiba.

KPDNHEP Siasat AirAsia Susulan Dakwaan Perubahan Jadual Penerbangan
KPDNHEP Siasat AirAsia Susulan Dakwaan Perubahan Jadual Penerbangan
Image

Susulan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menjalankan siasatan dari sisi kepentingan pengguna berhubung isu kelewatan dan penjadualan semula penerbangan domestik melibatkan syarikat penerbangan AirAsia tersebut.

Mengambil maklum rungutan, aduan dan keluhan pengguna, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata isu kelewatan penerbangan Air Asia ke pelbagai destinasi dalam negara dikesan berlaku sejak hujung bulan lepas dan masih berlanjutan.

"KPDNHEP akan terus menjalankan siasatan daripada sisi kepentingan pengguna dan bekerjasama dengan MOT (Kementerian Pengangkutan) bagi merungkai permasalahan ini, demi memastikan ia tidak berlanjutan dan berulang," katanya dalam ciapan di akaun Twitter rasmi beliau.

Dalam rajutan di Twitter beliau, Nanta turut mengepilkan beberapa aduan dan rungutan pengguna yang tidak berpuas hati dengan penjadualan semula penerbangan AirAsia yang disiarkan melalui media sosial.

May be an image of text
Sumber : KPDNHEP

Nanta memaklumkan pengguna perkhidmatan penerbangan berhak menuntut pampasan bagi meneruskan perjalanan namun tertakluk kepada beberapa faktor dan punca penundaan atau pembatalan, berdasarkan maklumat daripada laman Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

Pampasan itu merangkumi makanan, bil panggilan telefon dan akses internet bagi penangguhan selama dua jam atau lebih: penginapan hotel dan pengangkutan untuk penangguhan selama lima jam atau lebih; dan pembayaran balik secara penuh atau penerbangan alternatif jika penerbangan dibatalkan.

Pengecualian bagi mendapatkan pampasan adalah apabila berlakunya suatu "keadaan luar biasa" termasuk risiko keselamatan atau cuaca ekstrem, yang mana syarikat penerbangan tidak dapat menjangka.

"Jika anda berpandangan bahawa anda tidak menerima pampasan sewajarnya, sila kemukakan aduan rasmi kepada syarikat penerbangan tersebut sebelum anda menghubungi Mavcom," katanya.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

[…] : KPDNHEP AKAN SIASAT AIRASIA BERHUBUNG DAKWAAN TUNDA […]

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram