ktmb kl sentral hat yai

KTM Berhad Perkenal Tren Khas Ke Hat Yai Secara Terus

Dikemas Kini: 9 September 2022
Surga Route

Berita baik buat peminat tomyam, somtam, dan sebagainya. Cepat-cepat buat passport sebab Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan tren khas yang akan bergerak dari KL Sentral dan menuju ke Hat Yai secara terus tanpa anda perlu membuat pertukaran ke tren Thailand di Stesen Padang Besar.

Tren khas tersebut akan mula berlepas dari stesen KL Sentral pada jam 10:10 malam 15 September 2022 dan tiba di Hat Yai pada jam 8:25 pagi (waktu Malaysia) pada 16 September 2022.

image 2 5

Perjalanan pulang dari Hat Yai pula akan berlepas pada 18 September 2022, jam 12:30 tengahari (waktu Malaysia) dan tiba di KL Sentral pada 12:32 malam 19 September 2022.

image 2 6

Harga tiket pula bermula hanya serendah RM75 bagi seorang. Terdapat 240 tempat duduk disediakan pada kadar harga RM75 manakala bagi koc tempat tidur terdapat 2 kadar tambang berlainan.

Bagi katil atas, kadar tambang adalah RM89 manakala RM97 bagi katil di bawah.

Jualan tiket telah dibuka bermula jam 7:30 malam, 8 September 2022.

Cepat dapatkan tiket sekarang di , melalui aplikasi KTMB Mobile atau semua medium penjualan tiket KTMB.

Kalau anda mahukan pakej percutian apabila berada di Hat Yai nanti, boleh juga dapatkan pakej daripada

1. Kurma Travel & Tours Sdn Bhd
No. telefon / whatsapp : http://www.wasap.my/60199973314

2. Travel Forte
No. telefon / whatsapp : http://www.wasap.my/0122731625

5 1 vote
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram