ktm komuter tambah perkhidmatan 31 ogos

KTM Tambah Perkhidmatan Tren Komuter Bersempena Sambutan Hari Kebangsaan

Tag:
Dikemas Kini: 30 Ogos 2022
Surga Route

KERETAPI Tanah Melayu Bhd (KTMB) menambah lima perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang bagi memudahkan orang ramai menyertai sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, 31 Ogos ini.

KTMB dalam kenyataan di Facebook rasmi KTM Berhad memberitahu dua perkhidmatan tambahan di laluan Pulau Sebang ke Batu Caves akan disediakan pada 4.35 pagi dan 5.05 pagi hari tersebut.

Selain itu, KTMB turut menyediakan perkhidmatan dari Pelabuhan Klang ke Tanjung Malim pada 5.20 pagi dan 5.50 pagi serta dari Tanjung Malim ke Pelabuhan Klang pada 5.15 pagi.

Inisiatif ini adalah sebagai tanda sokongan KTMB kepada pihak Kerajaan sempena sambutan Hari Kebangsaan yang diadakan tahun ini setelah dua tahun tidak dapat disambut akibat pandemik Covid-19," kata KTMB.

KTMB turut meminta pengguna merancang perjalanan lebih awal dan mendapatkan maklumat operasi tren menggunakan aplikasi MyRailtime, laman web rasmi atau menghubungi Pusat Panggilan KTMB menerusi talian 03-2267 1200.

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram