ktmb tawar tiket percuma kepada oku

KTMB Beri Tambang Percuma Buat OKU Selama 2 Hari !

Dikemas Kini: 3 Disember 2022
Surga Route

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perjalanan percuma kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) pada 3 dan 4 Disember 2022, bersempena Hari OKU Sedunia yang disambut pada 3 Disember.

image

Perjalanan percuma itu melibatkan perkhidmatan tren KTM Komuter di sektor Lembah Klang dan Komuter Utara.

Ia boleh dinikmati individu OKU bersama seorang pengiringnya dengan hanya menunjukkan kad rasmi OKU yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berserta kad pengenalan di kaunter tiket KTM Komuter.

Inisiatif perjalanan percuma kepada golongan OKU ini diteruskan buat kali kedua selepas mendapat sambutan menggalakkan pada kali pertama ia diperkenalkan pada tahun lepas.

Perjalanan percuma itu adalah tanda penghargaan syarikat itu kepada golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter, selain sebagai bukti keprihatinan dalam menjaga kebajikan serta keselesaan OKU dan para penumpang.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari saluran media rasmi KTMB serta laman sesawang di www.ktmb.com.my.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram