kl park festival

Kuala Lumpur Park Festival Bakal Berlangsung Disember Ini ! Pelbagai Aktiviti Dan Pertandingan Boleh Anda Sertai

Dikemas Kini: 25 Oktober 2022
Surga Route

Hari ni, min nak kongsikan satu program anjuran DBKL yang akan diadakan pada bulan Disember nanti iaitu Program Kuala Lumpur Park Festival.

KL PARK FESTIVAL

KL Park Festival merupakan cetusan idea Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berikutan kejayaan Pameran Orkid dan Bonsai KL (KLOBS) edisi sebelum ini.

Program ini akan diadakan di Taman Tasik Titiwangsa pada 10 hingga 18 Disember 2022 dan yang paling seronok sekali masuk adalah percuma.

Penjenamaan semula KLOBS kepada KL Park Festival bertujuan untuk mempromosikan kesenian, bunga-bungaan dan kesejahteraan fizikal serta mental di kalangan penduduk bandar selain mendidik orang ramai tentang penggunaan tanaman di ruang kediaman mereka.

Selain itu program ini juga bertujuan mempromosikan aktiviti luar melalui pelbagai aktiviti penggunaan taman dan penghargaan alam semula jadi.

Pelbagai komponen pertunjukan menarik yang diadakan bertemakan Laman Seni dan Flora Malaysia macam Kubah Keajaiban Titiwangsa dan Laman Kediaman.

Terdapat juga pertandingan yang boleh disertai oleh warga kota, pelajar sekolah, pihak berkuasa tempatan dan syarikat korporat.

Kuala Lumpur Park Festival Bakal Berlangsung Disember Ini ! Pelbagai Aktiviti Dan Pertandingan Boleh Anda Sertai
Kuala Lumpur Park Festival Bakal Berlangsung Disember Ini ! Pelbagai Aktiviti Dan Pertandingan Boleh Anda Sertai
Kuala Lumpur Park Festival Bakal Berlangsung Disember Ini ! Pelbagai Aktiviti Dan Pertandingan Boleh Anda Sertai
Kuala Lumpur Park Festival Bakal Berlangsung Disember Ini ! Pelbagai Aktiviti Dan Pertandingan Boleh Anda Sertai
Kuala Lumpur Park Festival Bakal Berlangsung Disember Ini ! Pelbagai Aktiviti Dan Pertandingan Boleh Anda Sertai
Kuala Lumpur Park Festival Bakal Berlangsung Disember Ini ! Pelbagai Aktiviti Dan Pertandingan Boleh Anda Sertai

Masuk adalah PERCUMA. Orang ramai dijemput hadir mulai 10 hingga 18 Disember 2022 di Taman Tasik Titiwangsa. Pelbagai pertandingan akan diadakan. Semua dialu-alukan untuk mengambil bahagian.

Jadi jangan lupa tandakan siap siap tarikh 10 hingga 18 Disember 2022 dekat kalendar korang bagi sama sama kita memeriahkan lagi Kuala Lumpur Park Festival 2022.

Untuk maklumat lanjut, atau melakukan pendaftaran bagi menyertai pertandingan dan peraduan yang akan ditutup pada 12 November 2022 nanti, korang boleh layari laman sesawang rasmi Kuala Lumpur Park Festival 2022 di www.klparkfestival.com

Apa tunggu lagi ? Hadiah menarik menanti anda semua. Jom daftar cepat - cepat !

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram