maha 2022

Lagi Tips Untuk Berkunjung ke MAHA 2022

Tag:
Dikemas Kini: 12 Ogos 2022
Surga Route

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 sedang berlangsung sehingga 14 Ogos 2022. Sebelum ini kami dah kongsikan 17 tips untuk anda berkunjung ke pameran MAHA 2022.

BACA : 17 TIPS ANDA WAJIB TAHU SEBELUM KE MAHA 2022

Ini ada lagi beberapa tips untuk berkunjung ke MAHA 2022, hasil dari perkongsian saudara Harris Zahari melalui akaun Facebook beliau :

Tips Berkunjung ke MAHA 2022

1. Masuk ke MAHA melalui Laman Tiba 1

Lagi Tips Untuk Berkunjung ke MAHA 2022

Masuk ikut Laman Tiba 1(LT1) MAEPS, yang dekat Hospital Serdang. JANGAN IKUT Laman Tiba 2 (LT2) yang dekat Hospital Andorra itu. Sebab jalan di LT1 ada 3 lane, LT2 hanya 1 lane. Bottleneck.

Semalam aku beratur nak masuk MAEPS di LT1 hanya 15 minit, kawan aku sampai masa yang sama beratur di LT2 sejam lebih. Haa

Lagi satu parking di LT1 mungkin 6-7 kali ganda luas dari LT2. Probability untuk tak dapat parking itu agak rendah di LT1.

2. Gunakan Perkhidmatan Tram ke Tapak MAHA

LT1 kan luas, ada beberapa tapak. Letihlah nak jalan kaki bawa anak. Haa.. penambahbaikan kali ini selain dari dah pakai T&G (caj RM5) nak masuk parking. Depa sediakan shuttle nak angkut orang dari parkir. Jadi jangan risau.

Dekat dalam tu, ada 5 laluan shuttle, ABCDE. Tapi tak jelas sangat. Shuttle ABCD yang tak bertingkap itu kira bas lompat-lompat. Literally memang lompat-lompat sebab absorber shuttle dah arwah. 🤣

Bas RapidKL akan lalu laluan E, peranan dia sebagai bas ekspres dari LT1 ke LT2.

Jadi kalau hangpa sampai dekat LT1, nak bawak anak tengok binatang-binatang semua dekat LT2. Naiklah Bas RapidKL. Hang dah lama tak naik bas kan?

3. Selesaikan 'Hajat' Terlebih Dahulu

Air di kawasan MAEPS hanya selaju air mata. Maka sebelum bertolak tu, melepaslah semahunya di rumah dulu.

4. Pilih Kasut Bersesuaian

Kredit : Diva.my
Kredit : Diva.my

Aku sarankan untuk pakai kasut yang selesa. Sebab kalau hang nak jalan kaki pusing tu memang tak lari 30,000 steps.

Tak kan hang nak pakai selipar jepun je? Melecet hoih.

5. Pilihan Pengangkutan Lain

Kalau hang kira tak boleh pi sangat naik bas. Hang ada 3 pilihan

a. Hang install app MyCar, dalam tu ada motorsikal untuk disewa. Tapi hang duduk belakang la, dia ada drebar dah..macam Gojek. Suwiit

b. Hang boleh sewa buggy, pun dengan drebar. RM99/jam. Sewaan hanya boleh dibuat di LT1.

c. Hang hijack kuda dekat LT2, jadi Zorro. (Bergurau)

6. Bawa Payung

Owh ya. Sekarang musim hujan. Paham-paham lah.

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram