Bakal Mengerjakan Umrah

Bakal Mengerjakan Umrah ? Baca Lebih 19 Tips Mudah Dikongsi Pemuda Ini

Tag:
Dikemas Kini: 23 Mei 2022
Surga Route

Semua Umat Islam ingin menunaikan umrah. Zaman sekarang sudah ramai yang mengetahui tentang pakej-pakej yang ditawarkan untuk menunaikan ibadah tersebut.

Walau bagaimanapun, setiap hala tuju kita hendaklah dirancang terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan dan juga segala persiapan perlu dititikberatkan walaupun sekecil-kecil perkara.

Lelaki Ini Kongsikan Tips Bagi Mengerjakan Umrah di Tanah Suci

Seorang pengguna twitter, @ardnie ada memberikan sedikit tips-tips mudah untuk dijadikan sebagai salah satu panduan ketika mengerjakan ibadah umrah.

1. Dah tau tarikh untuk anda pergi mengerjakan umrah, menjaga solat Fardhu.

2. Betulkan niat (Tajdid). Pergi untuk mengerjakan ibadah, bukan untuk membeli-belah atau berjalan-jalan.

3. Jaga tingkah laku dari awal lagi. Jangan sombong, komplen sana-sini, secara asasnya buangkan atau tahan sehabis baik kesemua sifat-sifat negatif.

4. Beli sabun yang tiada bau. Ada jual kat kedai kelengkapan umrah/haji. Kat KL ada beberapa, salah satunya kat Sunway Putra Mall depan PWTC. Umrah boleh buat 2-3 kali atau lebih. Kalau nak buat badal umrah untuk ahli keluarga/saudara/rakan yang dah meninggal dunia, perlu kenalpasti awal-awal siapa orangnya. Tetapi lebuh utama untuk mengerjakan umrah untuk diri sendiri dahulu.

Lelaki Ini Kongsikan Tips Bagi Mengerjakan Umrah di Tanah Suci

5. Tukar duit riyal untuk membeli makanan atau membasuh baju sahaja (terutamanya kain ihram untuk lelaki). Kalau nak membeli-belah barangan mahal seperti minyak wangi oud, pakai kad sahaja. Lebih selamat. Sedekah? Terpulang.

6. Mindset paling penting. Jaga adab & ingat, nak datang Baitullah & rumah Nabi S.A.W

Lelaki Ini Kongsikan Tips Bagi Mengerjakan Umrah di Tanah Suci

6. Adab - jemaah negara lain akan kasar sikit tak kira jantina. Tolak-tolak, lalu hadapan orang yang sedang mendirikan solat dan sebagainya. Anda JANGAN buat semua tu. Biarkan org lain nak buat, tapi kita jangan buat. Nak masuk Raudah, Hijir Ismail, cium Hajarul Aswad & pegi ke Multazam akan senang kalau jaga adab dari awal-awal lagi.

Lelaki Ini Kongsikan Tips Bagi Mengerjakan Umrah di Tanah Suci
Tawaf Mengelilingi Kaabah Dalam Ibadah Umrah

7. Di kedua-dua Masjid Nabawi & Masjidil Haram, kalau selalu sorang-sorang, kadang-kadang jemaah negara lain akan datang dan berbual dengan macam-macam cerita, akhirnya minta tolong (duit) dengan kita. Ada yang minta ikhlas. Ada yang beritahu jumlah yang dikehendaki. Nak beri, terpulang, taknak beri, tolak dengan berhemah.

7.1 Cakap, i’m sorry i cant help you but i pray that Allah will help you in your difficulties, brother/sister.

8. Orang akan ramai nak masuk Raudah kat Masjid Nabawi. Lelaki senang nak masuk situ. Cari pintu Abu Bakar & tunggu dalam kawasan situ bila nak dekat waktu solat.

8.1 Bila nak dekat azan, mereka akan buka area Raudah. JANGAN lari macam orang lain. Jalan dengan cermat. Doa supaya dapat masuk, insyaallah akan dapat. Ingat, area situ depan Makam Rasulullah. Nabi tak suka orang yang gopoh-gopoh nak pergi solat. Bayangkan Baginda boleh tengok perangai kita.

8.2 Kalau dapat saf untuk solat dalam Raudah, Alhamdulillah. Kalau tak dapat, cuba lagi. Kalau dapat masuk tapi tak dapat solat sebab sesak, takpa. Doa je pun dah cukup. Kalau nak masuk juga, ada kawasan beratur untuk masuk sana diluar waktu awal solat. U’ll know it once u’re there.

Lelaki Ini Kongsikan Tips Bagi Mengerjakan Umrah di Tanah Suci

8.3 Kalau dapat solat dlm Raudah, doa panjang-panjang masa sujud terakhir sebelum tahiyat akhir. Jangan doa selepas solat macam biasa kita buat. Confirm kena halau dengan polis penjaga. Nak solat lagi? Berganjak ke saf depan dalam kawasan karpet hijau tu & ulang langkah ini seberapa banyak kali yang boleh.

9. Air zam-zam ada banyak kat dua-dua Masjid, jangan la bazirkan sebab air tu percuma. Lagi sekali, jaga adab.

10. Makanan & minuman disediakan semasa umrah di sana tak sedap & tak kena selera? Diam saja. Redha je. Memang ada kes org komplen awal-awal, sampai balik, tiap dia makan rasa tak sedap.

11. Tak suka, jangan makan & jangan kutuk makanan/minuman tu. Beli kat luar yang kena dengan selera. Portion boleh tahan banyak. Orang arab kan memang jenis makan banyak.

12. Tiap kali lepas solat fardu akan ada solat jenazah. Jangan tinggal solat ni. Pahala besar. Rugi tak buat.

12.1 Nak solat sunat lepas solat fardhu? Buat lepas solat jenazah.

Tips Masuk Kawasan Hijr Ismail, Berdoa di Multazam & Masuk Raudhah

Nak cium Hajarul Aswad, masuk dalam area Hijir Ismail & berdoa di Multazam? Cuba try steps ni - P/S: boleh buat solat2 sunat ni untuk mudahkan masuk Raudah jugak.

Lelaki Ini Kongsikan Tips Bagi Mengerjakan Umrah di Tanah Suci

1. Pegi waktu malam. Lepas jam 10pm camtu dah ok. Masuk Masjidil Haram, solat tahiyatul masjid dulu, selepas itu solat sunat taubat & solat sunat hajat. Minta Allah permudahkan niat nak buat 3 perkara ni. ( jangan lupa doa masuk masjid, tengok Kaabah dan lain-lain)

2. Kalau dapat pergi 2-3 org jemaah sama group umrah, lagi senang nak buat. Dah selesai solat-solat sunat tu semua, mula dari Hijir Ismail. Dapat masuk, solat dalam tu. Kalau tak dapat solat sebab sesak sangat, doa je pun dah cukup. Doalah apa saja, jgn lupa doa permudahkan cium Hajarul Aswad.

2.1 Kalau ada 2-3 org buat sekali, boleh gilir-gilir jaga sesama sendiri bila solat dalam Hijir Ismail tu. Sesaknya sampai kena pijak kepala pun ada. Tapi ingat, kita jangan tolak-tolak & jangan pijak org lain & lalu depan org solat. Jaga adab.

3. Selesai di Hijir Ismail, pegi ke Hajarul Aswad. Sekali lagi, jangan tolak-tolak jemaah lain. Ingat, jaga perangai depan rumah Allah paling suci tu. Tapi pastikan kita tak jatuh. Jaga-jaga. Yang pakai cermin mata, buka siap-siap bila nak sampai. Doa la banyak-banyak lagi, insyaallah, dapat.

3.1 Buka cermin mata sebab cermin mata takkan muat masuk dalam bekas perak batu tu. Dia melengkung ke dalam macam mangkuk.

Lelaki Ini Kongsikan Tips Bagi Mengerjakan Umrah di Tanah Suci

4. Lepas dah cium, terus gerak ke arah Multazam. Doa banyak2 supaya Allah permudahkan semua.

5. Dah dapat buat tiga-tiga ni, boleh berganjak ke kawasan solat sunat tawaf & buat solat sunat syukur. Nak lagi? Ulang langkah sama pada malam esoknya lagi & lagi . Sampai la puas hati. Apapun, sentiasa jaga adab. Semoga Allah permudahkan kerja nak buat amal.

Tips Tambahan

1. Dua-dua masjid sangat besar & luas. Akan banyak sangat berjalan. Ingat, kita tetamu Allah di sana. Kita jaga adab & tingkah laku, insyaallah, Allah akan jaga kita. Betis kaki selalunya akan keras & lenguh selepas banyak jalan, kat mana-mana pun. Sini pun sama.

1.1 Tiap kali nak masuk tidur, selain baca surah-surag sunat, doa minta Allah permudahkan semua urusan waktu di sana, doa supaya Allah ambil semua keletihan & penat berjalan selama mengerjakan umrah, tak kisah walau dapat tidur cuma 2 jam sekalipun.

Lelaki Ini Kongsikan Tips Bagi Mengerjakan Umrah di Tanah Suci

Percaya & yakinlah yang Allah akan jaga kita sepanjang kita jadi tetamu Dia selagi kita jaga adab, Insyaallah, kaki kita takkan rasa lenguh, penat & betis keras lepas berjalan berjam-jam macam selalu walaupun cuma dapat tidur 2-3 jam saja waktu malam masa kat sana.

Semoga Allah terima amalan kita yang masih banyak cacat cela & tak sempurna waktu di sana dan semoga Allah undang kita untuk jadi tetamu Dia & tetamu rumah Rasulullah s.a.w lagi. Dan lagi. Dan lagi.

😄
Lelaki Ini Kongsikan Tips Bagi Mengerjakan Umrah di Tanah Suci
4.8 4 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram