kredit restoran lembah warisan tasik kenyir

Lembah Warisan Tasik Kenyir, Destinasi Wajib Singgah di Terengganu

Dikemas Kini: 21 Ogos 2022
Surga Route

Tasik Kenyir terkenal sebagai salah satu destinasi ekopelancongan di Terengganu. Jika anda ke sini dari Kuala Terengganu, kemungkinan anda akan melalui satu restoran bernama Lembah Warisan.

Lembah Warisan Tasik Kenyir, Destinasi Wajib Singgah di Terengganu
Kredit : Restoran Lembah Warisan Tasik Kenyir

Jangan lalu saja, jemput singgah ke restoran ini kerana mereka menyediakan satu menu khas dan istimewa iaitu Ikan Baung Tempoyak Claypot.

Haa, selalu kalau masak tempoyak ini kita selalu dengan ikan patin saja kan, tapi kali ini ikan baung pula.

Tapi, ada juga lauk-lauk campur lain. Selain itu ada juga ikan lain yang agak sukar ditemui di kedai lain seperti Ikan Sebarau, Ikan Temoleh, Ikan Lampam, Ikan Kelah dan lain-lain.

Paling kami suka, harga bagi lauk sudah siap ditulis. Jadi, bolehlah kita bajet siap-siap sebelum makan. Tapi, kalau tak nak bajet pun tak apa sebab harga disini sangat berpatutan.

Tempat makan yang disediakan pun luas dan selesa. Bangunan restoran yang dibina dengan senibina asli Terengganu ini menyediakan tempat makan secara terbuka.

Jadi, kalau anda ke Terengganu atau lebih spesifik ke Tasik Kenyir, jemput singgah ke sini ya. Restoran ini dibuka setiap hari kecuali isnin, bermula dari 11:00 pagi sehingga 5:30 petang.

Lembah Warisan Tasik Kenyir, Destinasi Wajib Singgah di Terengganu
Kredit : Restoran Lembah Warisan Tasik Kenyir

Tetapi, mengikut pengalaman kami kalau datang lambat memang kebanyakan lauk dah habis sebab memang ramai berkunjung ke sini.

Lembah Warisan Tasik Kenyir, Destinasi Wajib Singgah di Terengganu
Kredit : Restoran Lembah Warisan Tasik Kenyir

Alamat

? Restoran Lembah Warisan, Sungai Gawi Tasik Kenyir, 21700 Kuala Berang, Terengganu

Waktu Operasi

Ahad11am–5:30pm
IsninTUTUP
Selasa11am–5:30pm
Rabu11am–5:30pm
Khamis11am–5:30pm
Jumaat11am–5:30pm
Sabtu11am–5:30pm
0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram