the moon dubai

Luar Biasa ! Resort Replika Bulan Bakal Dibina di Dubai

Dikemas Kini: 10 Oktober 2022
Surga Route

Dubai, apa saja yang tidak luar biasa di sini ? Ia merupakan salah sebuah bandar paling pesat membangun di dunia, mengejar kota metropolitan lain yang telah mula wujud beratus tahun dahulu.

Dubai datang membuka mata dunia dengan kekayaan dari hasil minyak mereka. Dari situ, pelbagai projek-projek mewah dan unik berjaya dibangunkan.

Kini, Dubai sekali lagi mengejutkan dunia apabila mereka bercita-cita membina sebuah resort dengan seni bina bangunan tersebut merupai bulan !

Resort berbentuk bulan besar tersebut direka oleh syarikat Kanada, Moon World Resorts Inc. dengan ketinggian 735 kaki, berharga USD 5 bilion dan akan dibina dalam tempoh 48 bulan.

Resort ini akan menambah lagi kemewahan dan tarikan pelancong yang sedia ada di Dubai. Resort baharu ini dijangka membawa masuk kira-kira 2.5 juta pelancong setiap tahun.

Hotel Moon in Dubai, dijangka merangsang ekonomi bandar, dalam sektor hospitaliti, hiburan, tarikan, pendidikan, teknologi, alam sekitar dan pelancongan angkasa lepas.

Michael R. Henderson, Pengasas Bersama , Moon World Resorts Inc, menjangka Hotel Moon in Dubai tersebut bakal merangsang ekonomi Dubai, dalam sektor hospitaliti, hiburan, tarikan, pendidikan, teknologi, alam sekitar dan pelancongan angkasa lepas.

Resort seluas 10 ekar itu akan menampilkan pusat kesihatan, kelab malam, kediaman (300 villa peribadi) dan bilik hotel. .Pemilik villa akan menjadi ahli kelab eksklusif di resort itu.

Luar Biasa ! Resort Replika Bulan Bakal Dibina di Dubai Moon in Dubai  Michael R. Henderson, Pengasas Bersama , Moon World Resorts Inc

Buat masa ini, syarikat itu sedang mendapatkan lesen dan merancang jerayawara untuk mempromosikan resort tersebut kepada bakal pelanggan.

Pada masa ini, MWR sedang merancang siri jelajah global 2023 yang mempamerkan Moon kepada bakal pemegang lesen.

Moon Dubai akan dicadangkan untuk beroperasi di bawah pensijilan LEED emas, standard binaan 5 bintang dan standard operasi resort 5 berlian. Selain itu, MWR dijangka melesenkan empat resort destinasi Moon di seluruh dunia - setiap satu di Amerika Utara, Eropah, Timur Tengah dan Asia.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram