Ma'ahad An-Noer Janda Baik Umpama Resort. Hanya 40 Minit Dari Kuala Lumpur. Tenang dan Mendamaikan !
Surga Route
|
5 April 2022
Selama ini kita beranggapan bahawa sekolah tahfiz atau ‘pondok’ dianggap sebagai sebuah sekolah yang daif dari segala kelengkapan, kotor, old school dan sebagainya.
Tapi Ma'ahad An-noer yang terletak di Kampung Janda Baik, Pahang ini pula menunjukkan contoh sebaliknya. Maahad tahfiz yang dikelilingi kehijauan kampung ini sungguh cantik dan mendamaikan, sekali pandang seperti resort bertaraf 5 bintang !
Bagi kami, memang kena sangat bila Maahad Tahfiz dibina di kawasan perkampungan yang tenang, ditambah pula dengan hiasan landskap yang cantik. Berganda-ganda keindahan tempat ini.
Teringat pula zaman kami belajar dahulu, kalau stress mesti nak dengar bunyi deruan air terjun, sungai, air pancut atau melihat kehijauan alam. Jadi, sejuk hati.
Untuk betul pelajar-pelajar disini sebab tak susah untuk mendapatkan pemandangan seperti itu. Dalam Maahad ni dah boleh rasa kehijauan dan kesegaran alam.
Mudir Ma'ahad ini juga bukan calang-calang orang ya, Ma'ahad An-Noer ini diketuai oleh seorang Ulama' nusantara yang terkenal iaitu Tuan Guru Al-Fadhil Al-Walid Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjar Al-Makki.
Tuan Guru Al-Fadhil Al-Walid Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjar Al-Makki.
Jadi, lepas ini kita dah boleh buang persepsi mengenai persekitaran sekolah pondok seperti mana yang di gembar-gembur masyarakat umum sebelum ini.
Sejak pembukaan sempadan negara, ramai dah mula nak melepaskan gian untuk 'travel' ke luar negara. Bila check passport, rupanya dah tamat tempoh dan perlu perbaharui. Memang beratur panjanglah pejabat imigresen tu. Mungkin disebabkan itu, Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan bahawa prosedur terkini untuk memperbaharui pasport adalah hanya menggunakan atas talian. 'Walk-in' dah tidak diterima ya. Melainkan […]
Untuk mereka yang selalu menaiki penerbangan bagi tujuan domestik atau perjalanan serantau, ada berita baik untuk anda. Sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah tempatan telah diperkenalkan dan bakal memulakan operasi tidak lama lagi. Sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang baharu itu adalah MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) berpengkalan di Kuala Lumpur yang telah diberikan kelulusan bersyarat […]
Wah, seronoklah orang Penang. Sekarang dah boleh bersiar-siar dan menikmati pemandangan pesisir pantai di Padang Kota Lama dengan lebih selesa selepas projek pengukuhan dan penambahbaikan tembok laut Padang Kota Lama telah selesai sepenuhnya. Projek sepanjang kira-kira 570 meter dari Medan Selera Renong ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia itu mula dibina pada 2016 dan dikatakan menelan […]
Sebuah 'outlet village' di Batu Gajah, Perak telah hampir siap sepenuhnya dan bakal dibuka. Outlet tersebut dengan nama Silverlakes Village Outlet dijangka akan dibuka sekitar pertengahan tahun 2022 atau selewat-lewatnya pada Q4 2022. Selepas ini, bolehlah sebelum balik beraya di kampung singgah sini dulu. Lokasinya hanya 30 Minit dari Bandaraya Ipoh.Kalau dari Lebuhraya PLUS boleh […]
Kalau cakap mengenai pelancongan di Negeri Pahang, ramai dari kita pasti terfikir mengenai Cameron Highlands, Genting Highlands, Cherating, Bukit Fraser dan Kuantan sahaja kan. Sebenarnya banyak lagi tau tempat menarik di sekitar negeri terbesar Semenanjung Malaysia ini. Misalnya, kalau anda ke Pekan jangan lupa untuk melawat Muzium Sultan Abu Bakar (Muzium Pahang). Apa yang menarik […]