maha 2022

MAHA 2022 Berakhir. 1.4 Juta Pengunjung Direkod, Catat Jualan Lebih RM260 Juta

Dikemas Kini: 15 Ogos 2022
Surga Route

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) 2022 telah berakhir pada 14 Ogos 2022.

Pameran dwitahunan tersebut berjaya menarik lebih 1.4 juta pengunjung iaitu 1.2 juta pengunjung secara fizikal dan 266,000 pengunjung secara maya pada edisi kali ini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, MAHA pada kali ini juga telah mencatatkan jualan paling tinggi iaitu lebih RM260 juta merangkumi jualan langsung, jualan dalam talian serta padanan perniagaan melibatkan lapan syarikat pemasar dari luar negara.

“Secara keseluruhan MAHA 2022 telah menampilkan 22 segmen khusus untuk mengangkat sektor agromakanan sebagai salah satu sektor yang berpotensi untuk diceburi oleh seluruh lapisan masyarakat.

“Apatah lagi, MAHA kali ini dianjurkan pada ambang bermulanya pelaksanaan Dasar Agromakanan Negara 2. Program ini juga telah menampilkan pelbagai inovasi moden dalam sektor agromakanan berasaskan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0),” katanya pada Majlis Penutup MAHA 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

image 18 18
Sumber : Sinar Harian

Tambah beliau, MAHA 2022 turut memberi ruang dan peluang kepada peniaga kecil untuk menjual produk mereka setelah sekian lama berdepan kesukaran pemasaran berikutan pandemik Covid-19.

Penganjuran MAHA kali ini juga telah menyaksikan pemeteraian 33 perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan nilai pelaburan lebih RM5.64 bilion ringgit yang melibatkan pebagai pihak terdiri daripada pengusaha antarabangsa dan pengusaha tempatan.

“Saya berharap agar segala bentuk kerjasama yang telah dimeterai ini dapat direalisasikan supaya ia dapat dan terus menyumbang kepada pembangunan sektor agromakanan negara,” ujarnya.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram