image 39

MAHA 2022 : Castle of Fruits Tempatkan 11,111 Produk Jualan

Dikemas Kini: 4 Ogos 2022
Surga Route

Utusan Malaysia melaporkan bahawa terdapat kira-kira 11,111 produk jualan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan florikultur menanti orang ramai yang berkunjung ke Castle of Fruits kelolaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022.

Castle of Fruits yang membawa tema Istana Kenangan Perak itu adalah salah satu kluster MAHA 2022 yang menawarkan pelbagai produk jualan agromakanan di Laman Tiba 1, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

Pada pameran kali ini, FAMA memilih buah dari keluarga ‘Artocarpus’ seperti nangka, cempedak dan sukun sebagai buah utama yang diketengahkan kepada pengunjung kerana ia adalah super food di Malaysia. Selain itu, produk berasaskan nangka seperti cip, nuget, jus, burger dan tart nangka yang menggunakan resipi turun temurun dari tahun 1916 turut dijual.

Selain itu, FAMA akan membawa kira-kira 300 tan metrik buah-buahan tempatan dan luar negara dengan menyasarkan nilai jualan sebanyak RM4 juta.

Terdapat kira-kira 82 usahawan yang terdiri daripada peserta ladang kontrak MAFI, usahawan sayur dan buah tempatan, koperasi pertanian, usahawan florikultur dan input pertanian serta usahawan produk buah tempatan akan berada di Castle of Fruits.

Selain Castle of Fruits, FAMA turut menampilkan Empayar Makanan, Agrotrade dan Food Truck Fiesta yang menjanjikan pelbagai kepuasan kepada para pengunjung.

Sebanyak 63 lot jualan makanan disediakan di Empayar Makanan kali ini dengan 679 pilihan menu sajian seperti makanan popular negeri, makanan viral dan trak makanan. 

Food Truck Fiesta pula merupakan transformasi konsep penjualan makanan secara ‘mobile’ yang menawarkan 101 menu makanan dan minuman kepada pengunjung

Menerusi kluster Agrotrade, usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) agromakanan tempatan berpeluang mendapatkan khidmat nasihat, rundingan, perkhidmatan dan bantuan dari kerajaan untuk menceburi bidang eksport.

Agrotrade yang bertemakan ‘Your Getaway to International Market’ itu meliputi empat segmen utama iaitu perkhidmatan perdagangan antarabangsa, pusat perniagaan, export ready boulevard’ dan export mini hypermarket.

FAMA berharap menerusi pameran tersebut kita dapat memberi manfaat kepada usahawan di seluruh negara termasuk seluruh rakyat untuk lebih memahami produk-produk yang ada di pasaran.

Empat kluster di bawah FAMA kali ini juga bertindak sebagai pusat sehenti buat para usahawan mendapatkan maklumat lebih lanjut bagi memasarkan produk-produk mereka.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram