MAHA 2022: Jualan laman ternakan lepasi sasaran RM2 juta

MAHA 2022: Jualan laman ternakan lepasi sasaran RM2 juta

Tag:
Dikemas Kini: 14 Ogos 2022
Surga Route

Jumlah nilai jualan di semua lima zon Laman Ternakan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan (MAHA) 2022 melebihi RM2.4 juta, dengan purata kunjungan harian 30,000 orang, setakat 11 Ogos lalu. Jumlah itu melebihi sasaran awal RM2 juta.

Lembu sado yang sememangnya tarikan utama pengunjung menjadi penyumbang tertinggi prestasi berkenaan.

Dalam pada itu, sebagai penutup tirai Laman Ternakan, jualan lelong ayam serama akan diadakan di zon Avian Valley pada hari terakhir MAHA 2022.

Orang ramai boleh mengunjungi zon Livestock Show Valley di Laman Ternakan untuk menyaksikan demonstrasi permanian beradas, pemeriksaan kebuntingan serta pengumpulan dan analisis semen kambing dan bebiri pada dua hari terakhir MAHA 2022.

Bagi pameran lembu penjantan baka dan teknologi penternakan pintar, pengunjung boleh ke zon Livestock Fair Valley dan Garden Hall.

Pengunjung juga disarankan ke zon Pet Valley untuk bermesra, bergambar dan memberi makan kepada haiwan pada kadar bayaran berpatutan.

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram