image 2 1

MAHA 2022 Meriah Di Hari Pertama Dengan Ribuan Pengunjung

Dikemas Kini: 9 Ogos 2022
Surga Route

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang bermula 4 Ogos 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), diserbu ribuan pengunjung selepas dibuka sejak pukul 10 pagi.

Pameran dengan tema Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan itu memberikan fokus kepada Agro Trade iaitu membabitkan aktiviti perniagaan dan padanan perniagaan.

Pada masa sama MAHA 2022 turut mempromosi produk tempatan dan antarabangsa serta Agro Edutainment sebagai promosi selain memberi kesedaran mengenai kepentingan sektor agromakanan dalam menjamin sumber bekalan makanan negara.

Meskipun cuaca hujan di sebelah pagi, namun ia tidak menghalang pengunjung untuk memeriahkan hari pertama penganjuran acara tersebut.

Kenderaan pengunjung menghala ke MAEPS tidak putus-putus sejak pukul 8 pagi sehinggakan kesesakan berlaku di pintu masuk ke taman ekspo MAEPS ekoran jumlah kenderaan yang banyak dan cuaca hujan, namun masalah yang berlaku dapat diatasi dengan kawalan pasukan keselamatan

Seterusnya, kehadiran orang ramai di tapak lokasi semakin bertambah pada sebelah tengah hari dan lalu lintas juga terkawal dengan bantuan petugas di situ.

Rata-rata pengunjung yang hadir melahirkan rasa teruja untuk datang dan melihat sendiri pameran di sini selepas penganjuran ekspo itu yang sepatutnya diadakan dua tahun lalu tidak dapat dilanjutkan ekoran pandemik Covid-19.

Malah, ada dalam kalangan pengunjung yang kagum melihat kelainan pada pameran kali ini dan menganggap ia lebih besar berbanding pameran yang pernah diadakan di lokasi samaa sebelum ini.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram