MAHA 2022: Jualan laman ternakan lepasi sasaran RM2 juta

MAHA 2022: Peluang Perniagaan Luas Kepada Golongan Muda Dalam Sektor agromakanan

Tag:
Dikemas Kini: 14 Ogos 2022
Surga Route

Golongan muda mempunyai peluang dan prospek perniagaan yang luas untuk melibatkan diri dalam sektor agromakan disebabkan permintaan yang tinggi untuk sektor tersebut.

Contohnya dalam subsektor penternakan ayam yang kini menjadi keperluan dan merupakan sumber protein kebanyakan isi rumah di Malaysia, tenaga kerja yang banyak terutamanya daripada anak muda sangat diperlukan.

Dengan penglibatan golongan muda, ia juga boleh membantu dalam usaha mempertingkatkan sekuriti makanan dan menstabilkan harga bekalan dengan mengurangkan kebergantungan kita kepada makanan import.

Kekurangan pengalaman dan modal perniagaan di samping ketidaktentuan pendapatan serta masa diperlukan untuk menuai hasil yang panjang merupakan antara cabaran bagi golongan muda menceburi bidang tersebut. 

Menyedari cabaran tersebut, Agrobank menyediakan pembiayaan melalui Agro-Youth Entrepreneur Scheme (AGRO-YES) 2.0. dalam usaha membantu menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa hadapan buat usahawan muda.

Agrobank melalui skim ini memperuntukkan sejumlah RM50 juta untuk menyediakan pembiayaan bernilai RM50,000 sehingga RM500,000 dengan tempoh pembiayaan maksimum sehingga 8.5 tahun buat mereka yang berminat.

Selain itu, Agrobank juga menyediakan khidmat nasihat perniagaan melalui Agropreneur Centre of Excellence bagi membantu usahawan mendapatkan bimbingan kewangan dan pengurusan dalam menjayakan perniagaan mereka.

Orang ramai boleh mengunjungi tapak pameran Kluster Agro Youth di Dewan C, MAEPS Serdang sepanjang MAHA 2022 bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kemudahan tersebut.

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram