Restoran bertemakan buah naga pertama Malaysia terletak di HL Dragon Fruit Eco Farm, Sepang.

Restoran ni menyajikan makanan bertemakan buah naga seperti Jumbo Dragon Bun (bun berintikan kari ayam dibalut dengan roti buah naga) , Nasi Lemak Buah Naga, Jus 'Dragon Breath' , dan pelbagai lagi !





Selain tu, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh lakukan disini antaranya membuat Jumbo Dragon Bun, Melawat sekitar ladang buah naga HL secara percuma, mendapatkan pengalaman menanam pokok & memetik buah naga. Cuma, semua aktiviti memerlukan tempahan sebelum datang



Status produk makanan & restoran di ladang ini adalah mereka endapat Pengiktirafan Sijil HALAL JAKIM yang sah dan rasmi.

Alamat
HL Dragon Fruit Eco Farm, Lot 7608, Jalan Besar, Batu Satu, 43900 Sepang, Selangor