malaysia airlines hentikan penerbangan kuala lumpur brisbane bermula mac 2023

Malaysia Airlines Hentikan Penerbangan Kuala Lumpur-Brisbane Bermula Mac 2023

Dikemas Kini: 3 Disember 2022
Surga Route

Tatkala syarikat penerbangan lain mula mengembangkan operasi dan laluan mereka sebagai tanda kebangkitan selepas Pandemik COVID-19, lain pula ceritanya dengan Malaysia Airlines yang melaksanakan langkah rasionalisasi laluan udara mereka.

image 1

Langkah itu akan dilaksanakan pada Q1 2023 dengan memberhentikan laluan Kuala Lumpur-Brisbane berkuat kuasa 27 Mac 2023.

Bagaimanapun, operasi penerbangan tanpa henti antara Kuala Lumpur ke empat (4) destinasi Australia sedia ada lain, iaitu Adelaide, Sydney, Perth, dan Melbourne, akan diteruskan tanpa perubahan, menyediakan sehingga 43 perkhidmatan terus dalam masa seminggu antara Australia dan Malaysia.

image 2

Pelanggan yang melancong ke Brisbane boleh memanfaatkan perkongsian kod Malaysia Airlines dan rakan kongsi oneworld, Qantas dan menyambung penerbangan dari Sydney dan Melbourne ke Brisbane (BNE) selepas penggantungan penerbangan terus KUL BNE.

Penerbangan terakhir pada laluan ini akan berlepas dari Brisbane ke Kuala Lumpur pada 26 Mac 2023 melalui MH134.

5 1 vote
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram