Malaysia Airlines & Qatar Airways Perbaharui Kerjasama Selepas 18 Tahun

Malaysia Airlines & Qatar Airways Perbaharui Kerjasama Selepas 18 Tahun

Dikemas Kini: 26 Februari 2022
Surga Route
Malaysia Airlines & Qatar Airways Perbaharui Kerjasama Selepas 18 Tahun

Syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines Berhad memeterai kerjasama dan perjanjian baharu bersama Qatar Airways bagi memudahkan usahasama strategik untuk menawarkan rangkaian perkhidmatan nilai tambah yang tiada tandingan kepada penumpang.

Dalam kenyataan Malaysia Airlines, kedua-dua syarikat penerbangan tersebut akan memanfaatkan kekuatan rangkaian masing-masing dan menyediakan lebih banyak akses kepada penumpang untuk membuat perjalanan ke destinasi baharu selain menawarkan produk baharu dan eksklusif kepada pelanggan.

Malaysia Airlines & Qatar Airways Perbaharui Kerjasama Selepas 18 Tahun
Kelas Perniagaan QSuite Qatar Airways Merupakan Kelas Perniagaan Terbaik

“Penumpang Malaysia Airlines akan menikmati kesalinghubungan yang lancar ke destinasi popular di Eropah, Afrika, Timur Tengah dan Amerika dengan rangkaian luas Qatar Airways melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha.

Malaysia Airlines & Qatar Airways Perbaharui Kerjasama Selepas 18 Tahun
Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, antara lapangan terbang terbaik di dunia.
Malaysia Airlines & Qatar Airways Perbaharui Kerjasama Selepas 18 Tahun
Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, antara lapangan terbang terbaik di dunia.

“Penumpang Qatar Airways pula akan mendapat akses yang lebih baik ke pasaran Malaysia domestik yang lebih luas dan destinasi utama di Asia seperti Pulau Pinang, Langkawi, Medan (Indonesia) yang dikendalikan oleh Malaysia Airlines melalui hab Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya.

Malaysia Airlines & Qatar Airways Perbaharui Kerjasama Selepas 18 Tahun
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Kedua-dua rakan kongsi oneworld itu turut bersetuju untuk memaksimumkan sinergi dalam bidang perniagaan lain seperti kargo udara, operasi atau perkhidmatan komersial.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Izham Ismail berkata, kerjasama itu akan memberikan kecekapan yang lebih baik dan rangkaian yang lebih komprehensif kepada penumpang selain meningkatkan lagi pertumbuhan aliran trafik melalui KLIA, yang akan berfungsi sebagai pintu masuk utama ke destinasi domestik Malaysia dan Asia Tenggara yang terpilih.

“MoU untuk kerjasama strategik antara Malaysia Airlines dan Qatar Airways ini merupakan aspek penting daripada pelan perniagaan jangka panjang kami berikutan kami meninjau lebih banyak peluang strategik dan mewujudkan usahasama yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Kumpulan Qatar Airways Akbar Al Baker berkata, kerjasama itu akan menghubungkan rangkaian kedua-dua syarikat penerbangan dan membolehkan mereka bekerjasama dalam pelbagai aspek perniagaan.

Malaysia Airlines & Qatar Airways Perbaharui Kerjasama Selepas 18 Tahun

“Dalam kita melangkah ke hadapan dalam dunia pasca pandemik, perniagaan yang berjaya dipacu oleh kerjasama yang kukuh, dan kerjasama erat ini dengan Malaysia Airlines menjadi contoh yang baik bagaimana kerjasama antarabangsa boleh memberi laluan kepada pemulihan industri,” katanya.

Malaysia Airlines & Qatar Airways Perbaharui Kerjasama Selepas 18 Tahun

Untuk rekod, Malaysia Airlines dan Qatar Airways telah melancarkan kerjasama perkongsian kod mereka sejak tahun 2004 dan telah mengembangkan perkongsian kod dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sehingga terdapat 62 destinasi perkongsian kod di Malaysia, Asia Tenggara, Australia, New Zealand, Timur Tengah, Eropah, Amerika dan Afrika .



0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram