Masjid TNB Bangsar, Canggih Dengan Teknologi Hijau. Ikon Terbaru di Kuala Lumpur

Dikemas Kini: 23 April 2022
Surga Route
Masjid TNB Bangsar, Canggih Dengan Teknologi Hijau. Ikon Terbaru di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur mempunyai sebuah lagi masjid baharu yang cantik, dengan teknologi tinggi dan mesra alam yang tidak diketahui ramai.

Masjid TNB Bangsar, Canggih Dengan Teknologi Hijau. Ikon Terbaru di Kuala Lumpur
Masjid TNB Bangsar. Kredit : Heart Patrick

Masjid itu adalah Masjid TNB Bangsar atau nama rasminya Kompleks Balai Islam An-Nur, dimiliki Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang merupakan tanda baharu Ibu Pejabat TNB.

Masjid TNB Bangsar, Canggih Dengan Teknologi Hijau. Ikon Terbaru di Kuala Lumpur
Masjid TNB Bangsar. Kredit : Heart Patrick

Kompleks Balai Islam baharu itu dibina bagi menggantikan Balai Islam lama yang dibuka pada 1971. Pembinaan semula kompleks bernilai jutaan ringgit itu turut mendapat sumbangan hampir RM500,000 daripada kakitangan TNB di seluruh negara.

Kompleks yang dibina di atas tanah seluas 2.83 hektar itu terdiri daripada tiga tingkat lengkap dengan lif. Ia mempunyai tiga ruang solat yang boleh memuatkan 2,850 jemaah dalam satu-satu masa.

Masjid TNB Bangsar, Canggih Dengan Teknologi Hijau. Ikon Terbaru di Kuala Lumpur
Kredit : The Star

Di ruang solat utama mampu menampung 1,300 jemaah, ruang tanpa tiang pula 1,050 jemaah, 250 untuk ruang Muslimat (aras mezanin) dan 1,550 lagi di ruang solat tambahan.

Masjid TNB Bangsar, Canggih Dengan Teknologi Hijau. Ikon Terbaru di Kuala Lumpur

Selain ruang solat, kompleks ini juga menempatkan pejabat dan kuarters kakitangan Unit Hal Ehwal Islam TNB, dewan seminar dan ruang letak kenderaan dua tingkat berkapasiti 236 lot serta kafeteria dan juga kemudahan pengurusan jenazah.

Masjid TNB Bangsar, Canggih Dengan Teknologi Hijau. Ikon Terbaru di Kuala Lumpur
Masjid TNB Bangsar.

Seni binanya menampilkan ciri moden, kontemporari dan elegan namun tidak terlalu sarat dengan hiasan. Rekaan ini jelas terserlah pada rekaan kubah, menara dan dewan solat. Rekaan itu mendapat sentuhan firma arkitek tempatan, Neuformation Architects dengan kerjasama Woods Bagot.

Dikatakan konsep pembinaan Kompleks Balai Islam An-Nur berdasarkan prinsip kesederhanaan, inklusif dan menghormati alam sekitar.

Sebagai peneraju dalam industri tenaga, TNB menekankan agenda pelestarian alam sekitar dengan menerapkan pelbagai teknologi mesra alam pada binaan kompleks Balai Islam yang menjadikan sebuah bangunan memenuhi kriteria Indeks Bangunan Hijau (GBI).

Kompleks itu menggunakan lampu facade di kubah yang boleh diprogramkan serta dilengkapi sistem penuaian air hujan menggunakan tangki bersaiz 184 meter padu untuk menakung air wuduk.

Selain itu, ia turut dilengkapi sistem perpaipan aliran rendah bagi menjimatkan penggunaan air, dan mentol jimat tenaga selaras dengan agenda melestarikan alam sekitar.

Masjid tersebut telah dirasmikan pembukaannya oleh Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 16 Januari 2020.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram