Sesuai dengan cuti sekolah yang sudah bermula, McDonalds mengajak pelanggan mereka bercuti ke seluruh negara menerusi kempen Jalan-Jalan McD.

Kempen yang berlangsung sehingga 31 Disember 2022 ini mengajak orang ramai untuk berjalan-Jalan menerusi 2,500 kilometer sambil singgah di 20 lokasi ikonik Pandu Lalu McDonald’s di seluruh negara.
Menariknya, pelanggan akan menerima pasport Jalan-Jalan McD apabila mereka membeli set istimewa Jalan-Jalan McD dengan pembelian minumum RM20 menerusi aplikasi McDonald’s ‘Pesan & Ambil’.

Bagi setiap pembelian tersebut di mana-mana 20 lokasi terpilih Pandu Lalu McDonald’s, pelanggan akan menerima setem ikonik pada pasport. Seramai 10 pelanggan terawal yang berjaya melengkapkan cabaran ini berpeluang menang hadiah bernilai sehingga RM100,000.

20 Lokasi McDonald's Pandu Lalu Terpilih
Anda kena ingat, dalam kempen ini terdapat 2 jenis setem yang anda boleh dapatkan iaitu setem biasa dan setem ikonik. Kalau anda saja-saja nak kumpul setem dari restoran McDonald's, anda boleh dapatkan di mana-mana cawangan restoran McDonald's. Bolehlah untuk dijadikan kenangan sendiri.

Tapi kalau anda nak masuk peraduan yang dianjurkan ini, anda perlu mengumpul setem ikonik dari 20 restoran McDonald's yang terpilih iaitu :
Wilayah Persekutuan
○ McDonald’s Titiwangsa Drive-Thru
○ McDonald’s Putrajaya Drive-Thru
○ McDonald’s Petronas Kota Damansara Drive-Thru
Perak
○ McDonald’s Taiping Lake Gardens Drive-Thru
Penang
○ McDonald’s Petronas Batu Feringgi Drive-Thru
○ McDonald’s Birch House Drive-Thru
Perlis
○ McDonald’s Kangar Drive-Thru
Kedah
○ McDonald’s Shell Kota Setar Drive-Thru
Kelantan
○ McDonald’s Kota Bharu Drive-Thru
Pahang
○ McDonald’s Genting Sempah Drive-Thru
○ McDonald’s Cameron Highlands Drive-Thru
○ McDonald’s Kuantan Riverfront Drive-Thru
○ McDonald’s Teluk Cempedak Drive-Thru
Johor
○ McDonald’s Stulang Laut Drive-Thru
Melaka
○ McDonald’s Dataran Pahlawan Drive-Thru
○ McDonald’s Taman Buaya Drive-Thru
Negeri Sembilan
○ McDonald’s Tampin Drive-Thru
○ McDonald’s Ampangan Drive-Thru
○ McDonald’s PD Waterfront Drive-Thru
Terengganu
○ McDonald’s Kuala Terengganu Drive-Thru
McDonald’s juga menawarkan hadiah untuk pelanggan yang menghantar video percutian mereka dengan syarat mesti memasukkan 20 restoran McDonald’s Pandu Lalu terpilih. Video yang mendapat 'suka' paling ramai akan dipilih sebagai pemenang.

Baucar McDonald Percuma
Selain daripada hadiah utama ditawarkan, anda juga boleh dapatkan Baucar Set Makanan McDonald's secara percuma selepas mengumpul 5 setem, tak kisah setem biasa atau setem ikonik. Namun, tebusan ini terhad kepada 3 kali sahaja ya.
Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen ini, boleh klik disini