Menara Kuantan 188 Punyai Tarikan Baru. Sasar 350,000 Pengunjung Sepanjang 2022

Dikemas Kini: 27 Februari 2022
Surga Route
Menara Kuantan 188 Punyai Tarikan Baru. Sasar 350,000 Pengunjung Sepanjang 2022

Ikon pelancongan terkini bandaraya Kuantan, Pahang iaitu Menara Kuantan 188 bakal menarik lebih ramai pelancong apabila pelbagai tarikan baharu akan mula dibuka secara berperingkat .

Kuantan 188

Menara kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur yang dibuka secara rasmi sejak 15 Disember 2021 iaitu dibina berinspirasikan daun dan bunga pokok teruntum putih yang banyak tumbuh di kawasan persisiran Sungai Kuantan pada waktu dahulu.

Kuantan 188

Antara tarikan yang telah dibuka adalah melihat pemandangan unik Bandaraya Kuantan secara 360 darjah menerusi anjung tinjau tertutup yang berketinggian 92 Meter dan anjung tinjau terbuka pada ketinggian 104 meter.

Kuantan 188
Anjung tinjau tertutup dengan ketinggian 92 Meter
Kuantan 188
Anjung tinjau terbuka dengan ketinggian 104 Meter

Bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak dan mencabar adrenalin, Menara Kuantan 188 juga adalah destinasi untuk anda.

May be an image of 1 person, sitting and outdoors
Aktiviti Skywalk yang sudah mula dibuka di Menara Kuantan 188

Disini, anda boleh lakukan aktiviti seperti 'skywalk' yang telah mula dibuka dengan kadar bayaran dikenakan sebanyak RM 88.

Antara aktiviti lain yang akan dilancarkan dalam masa terdekat adalah pendakian tiang pada ketinggian 160 meter di puncak keluli setinggi 66 meter dan juga terjunan berpandu dari pelantar yang dibina pada ketinggian 104 meter.

Bermula Ramadan ini pula, sebuah tarikan yang lebih bersifat keluarga pula akan dibuka iaitu restoran pada ketinggian 98 meter.

Menara Kuantan 188 adalah sebahagian daripada siri pembangunan untuk menambah baik Kuantan Waterfront, sebuah aset utama dan warisan budaya yang akan meningkatkan tarikan pelancongan bandar di kawasan ini.

Kuantan 188

Selain menara tersebut, komponen lain di dalam projek Kuantan Waterfront termasuk Kuantan Esplanade, Mercu Junjung Duli, Laman Teruntum, hutan simpan bakau dan Serambi Teruntum, sebuah pusat sehenti untuk produk PKS dari Pahang.

Kuantan 188

Destinasi-destinasi ini akan menjadi wadah bagi rakyat dan pengusaha tempatan untuk mendapat manfaat daripada industri pelancongan.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram