Menginap Dalam Karavan, Tarikan Baru di Cameron Highlands Bermula Jun 2022

Dikemas Kini: 10 Mei 2022
Surga Route

Cameron Highlands yang terletak di negeri Pahang sentiasa menjadi tempat bagi rakyat Malaysia dan pelancong luar yang ingin rehatkan diri dari kesibukan bandar.

Mana tidaknya, dengan pemandangan bukit-bukau menghijau dan ladang yang luas, ditambah dengan udara yang lebih sejuk, menjadikannya destinasi yang ideal untuk staycation bersama yang tersayang.

Selain banglo dan resort era kolonial di stesen bukit yang indah ini, terdapat juga tapak perkhemahan untuk pelancong yang lebih menyukai rasa pengembaraan.

Menginap Dalam Karavan, Tarikan Baru di Cameron Highlands Bermula Jun 2022

Tak lama lagi, akan ada satu lagi lokasi penginapan yang menarik iaitu Stellar Golden Hill , yang akan dibuka pada Jun 2022.

Apa yang unik disini adalah mereka menyediakan kemudahan menginap di dalam karavan, sesuatu yang unik di Malaysia. Selalunya kita hanya dapat tengok di dalam siri televisyen atau filem dari negara luar sahaja.

Selain itu, mereka juga menyediakan tapak perkhemahan dan juga glamping.

Menginap Dalam Karavan, Tarikan Baru di Cameron Highlands Bermula Jun 2022
Karavan Stellar Hill. Kredit : Uncle Lim

Walaupun destinasi ini masih lagi belum dibuka, tetapi kami tengok platform media sosial mereka agak aktif memberikan 'teaser' atau gambaran awal berkenaan tarikan yang mereka akan sediakan pada Jun nanti.

Antara gambar yang dimuat naik oleh mereka adalah ilustrasi rekaan luaran karavan, proses penyediaan tapak dan juga ruang dalaman karavan.

Menginap Dalam Karavan, Tarikan Baru di Cameron Highlands Bermula Jun 2022
Menginap Dalam Karavan, Tarikan Baru di Cameron Highlands Bermula Jun 2022
May be an image of outdoors

Walaupun nampak kecil, tetapi bagi kami penginapan karavan ini dapat memberikan pengalaman unik dan kemudahan yang lebih lengkap berbanding bilik hotel.

Di dalam ruang yang sama, disediakan tempat tidur, katil, tandas serta bilik mandi, ruang tamu dan juga dapur kecil untuk memasak. Senang !

Mungkin menginap disini tiada kemudahan lounge, restoran, gimnasium dan kolam renang seperti di hotel. Tetapi, tidak bermakna anda akan kebosanan.

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan disini nanti adalah aktiviti BBQ, menyalakan unggun api, menonton wayang terbuka di bawah langit dan disinari bintang, serta bermain skuter mengelilingi kawasan semula jadi.

Menginap Dalam Karavan, Tarikan Baru di Cameron Highlands Bermula Jun 2022
Menginap Dalam Karavan, Tarikan Baru di Cameron Highlands Bermula Jun 2022
Menginap Dalam Karavan, Tarikan Baru di Cameron Highlands Bermula Jun 2022

Memang best kalau dapat pengalaman macamni. Nak beli, mahal dan jarang guna. Dapat cuba pun okay juga kan. Tak sabar !

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

[…] BACA JUGA : MENGINAP DALAM KARAVAN, DESTINASI AKAN DATANG DI CAMERON HIGHLANDS ! […]

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram