image 2 14 1024x682

MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 Dirasmikan 16 Jun Ini

Dikemas Kini: 16 Jun 2022
Surga Route

Projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya fasa satu dari Kwasa Damansara ke Kampung Batu sepanjang 17.5 kilometer telah siap sepenuhnya dan sedia untuk beroperasi.

MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 Dirasmikan 16 Jun Ini

Fasa satu yang meliputi sembilan stesen baharu dan tiga stesen yang pada asalnya sebahagian daripada MRT Laluan Kajang dijangka akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu majlis pada 16 Jun ini. Kemudian, laluan MRT tersebut akan dibuka kepada orang ramai mulai jam 3 petang pada hari yang sama.

MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 Dirasmikan 16 Jun Ini

Sembilan stesen baharu yang akan dibuka ialah Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Sri Damansara Sentral, Sri Damansara Timur, Metro Prima, Kepong Baru, Jinjang, Sri Delima dan Kampung Batu, manakala tiga stesen yang sebelum ini menjadi sebahagian daripada MRT Laluan Kajang ialah Kwasa Damansara, Kampung Selamat dan Sungai Buloh.

MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 Dirasmikan 16 Jun Ini
MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 Dirasmikan 16 Jun Ini
MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 Dirasmikan 16 Jun Ini
MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 Dirasmikan 16 Jun Ini

Ketiga-tiga stesen ini telah beroperasi sejak 2016 apabila MRT Laluan Kajang fasa satu dibuka.

Bagaimanapun, stesen berkenaan ditutup sejak Oktober tahun lalu bagi kerja-kerja pemindahan stesen untuk menjadi sebahagian daripada MRT Laluan Putrajaya yang baharu.

Stesen terbabit juga kini telah berjaya dipindahkan ke MRT Laluan Putrajaya dan akan dibuka semula pada 16 Jun ini.

Penumpang boleh bertukar antara tren MRT Laluan Putrajaya dan MRT Laluan Kajang di Kwasa Damansara dengan hanya berjalan melintasi platform untuk meneruskan perjalanan mereka.

MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 Dirasmikan 16 Jun Ini
MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 Dirasmikan 16 Jun Ini
Stesen MRT Kwasa Damansara. Sumber : MRTCorp

Laluan baharu itu juga dihubungkan dengan perkhidmatan tren KTM di Sungai Buloh, Sri Damansara Timur (dengan Stesen KTM Kepong Sentral), dan Kampung Batu.

MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 Dirasmikan 16 Jun Ini
MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 Dirasmikan 16 Jun Ini

Di Kampung Batu, penumpang boleh meneruskan perjalanan ke pusat bandar Kuala Lumpur dengan pertukaran ke laluan KTM Komuter Batu Caves-Pulau Sebang.

MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 Dirasmikan 16 Jun Ini

Satu lagi alternatif ialah dengan menggunakan Bas Rapid KL No 173 untuk ke Lebuh Ampang.

Kampung Batu juga mempunyai perkhidmatan bas percuma Go KL Laluan Merah Manggis.

MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 Dirasmikan 16 Jun Ini

Fasa satu akan mempunyai 20 set tren automatik dan tidak memerlukan pemandu, dengan setiap set tren terdiri daripada empat gerabak dan boleh membawa seramai 1,200 penumpang.

MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 Dirasmikan 16 Jun Ini

Sejumlah 13 laluan bas perantara juga akan mula beroperasi pada 16 Jun ini.

Bas berkenaan akan memberi perkhidmatan kepada kawasan perumahan dan komersial yang terletak di dalam kawasan berhampiaran stesen, seperti Bandar Sri Damansara, Taman Ehsan, Taman Kepong dan Bandar Baru Selayang.

MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 Dirasmikan 16 Jun Ini

Terdapat juga kemudahan parkir di tujuh stesen dengan jumlah tempat letak kereta lebih daripada 2,800 petak.

Sementara itu, pembinaan untuk fasa dua dari Kampung Batu ke Putrajaya Sentral sedang berjalan dengan lancar.

MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 Dirasmikan 16 Jun Ini

Kemajuan untuk fasa dua kini berada pada tahap 98 peratus. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk kerja-kerja seni bina, jalan penghubung, landskap serta pengujian dan pentauliahan.

Operasi fasa dua dijangka bermula pada Januari 2023 dan ini akan membolehkan tren melalui keseluruhan laluan dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral.

MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 Dirasmikan 16 Jun Ini
0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram