mrt

MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 Secara Rasminya Dibuka. Beri Manfaat 15,000 Penumpang Sehala

Dikemas Kini: 16 Jun 2022
Surga Route

MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu sepanjang 17.5 kilometer meliputi 12 stesen termasuk tiga stesen yang pada asalnya sebahagian daripada MRT Laluan Kajang dibuka kepada orang ramai mulai jam 3 petang hari ini selepas majlis perasmian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada jam 10 pagi.

image 2 30
Kredit Gambar : The Star

Sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu juga, Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL iaitu MRT, LRT, BRT, Monorel serta bas RapidKL selama sebulan bermula hari ini.

image 2 33
Kredit Gambar : The Star
image 2 32
Kredit Gambar : The Star

MRT Laluan Putrajaya itu mempunyai sembilan stesen baharu iaitu Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Sri Damansara Sentral, Sri Damansara Timur, Metro Prima, Kepong Baru, Jinjang, Sri Delima dan Kampung Batu.

image 2 28
Kredit Gambar : The Star

Fasa Satu ini mempunyai 20 set tren yang beroperasi secara automatik dan tidak memerlukan pemandu dengan setiap set tren mempunyai empat gerabak yang boleh memuatkan seramai 1,200 penumpang.

image 2 34
Kredit Gambar : The Star

Dalam pada itu, 13 laluan bas perantara juga memulakan operasi untuk memberi perkhidmatan kepada kawasan perumahan dan komersial yang terletak di dalam kawasan berhampiran stesen seperti Bandar Sri Damansara, Taman Ehsan, Taman Kepong serta Bandar Baru Selayang.

image 2 29
Kredit Gambar : The Star

Terdapat kemudahan parkir di tujuh stesen dengan jumlah tempat letak kereta lebih 2,800 petak.

Pembukaan stesen baharu di bawah projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu ini memberi manfaat kepada kira-kira dua juta penduduk di kawasan Lembah Klang khususnya yang bekerja di Putrajaya.

image 2 27

Ini berikutan 12 stesen dalam laluan berkenaan merentasi kawasan berkepadatan penduduk tinggi dan terkenal dengan kesesakan lalu lintas seperti Damansara, Sungai Buloh dan Kepong.

Penduduk di kawasan itu akhirnya mempunyai akses pengangkutan awam tambahan selain daripada perkhidmatan sedia ada.

image 2 35
Kredit Gambar : The Star

Sementara itu, pembinaan untuk Fasa Dua dari Kampung Batu ke Putrajaya Sentral sedang berjalan lancar pada tahap 98 peratus membabitkan kerja seni bina, jalan penghubung, lanskap serta pengujian dan pentauliahan.

Laluan Fasa Dua akan melalui kawasan strategik termasuk Pusat Bandar Kuala Lumpur dengan stesen bawah tanah seperti Titiwangsa, Hospital Kuala Lumpur, Ampang Park, Persiaran KLCC dan Tun Razak Exchange (TRX)

Bagaimanapun, operasi Fasa Dua dijangka bermula pada Januari 2023 dan membolehkan tren melalui keseluruhan laluan dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram