MyAirline

MyAirline, Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaharu Bakal Diperkenal

Dikemas Kini: 24 Mei 2022
Surga Route

Untuk mereka yang selalu menaiki penerbangan bagi tujuan domestik atau perjalanan serantau, ada berita baik untuk anda. Sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah tempatan telah diperkenalkan dan bakal memulakan operasi tidak lama lagi.

MyAirline, Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaharu Bakal Diperkenal

Sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang baharu itu adalah MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) berpengkalan di Kuala Lumpur yang telah diberikan kelulusan bersyarat untuk Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) pada 22 Disember tahun lepas. Lesen itu sah selama 12 bulan dari 1 Januari hingga 31 Disember 2022.

Disebabkan syarikat penerbangan ini akan menawarkan tambang murah, dijangka mereka akan memberi saingan hebat kepada syarikat penerbangan murah ulung, Air Asia Group Bhd.

MyAirline, Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaharu Bakal Diperkenal

Semakan kami di akaun Facebook rasmi MyAirline dan juga laman sesawang mereka mendapati bahawa proses merekrut pekerja baharu sedang dijalankan.

Antara jawatan yang sedang dicari adalah seperti berikut:

  • Pereka laman web
  • Eksekutif media sosial
  • Jurutera MCC
  • Eksekutif jualan
  • Eksekutif engedaran
  • Pereka grafik
MyAirline, Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaharu Bakal Diperkenal

Jika anda berminat untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di syarikat penerbangan baharu ini, boleh klik disini.

MyAirline, Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaharu Bakal Diperkenal

Dalam pada itu, kewujudan pesawat MYAirline.my dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dikongsi oleh pengguna Instagram @theplanespapanazzi.

Difahamkan, pesawat itu dahulunya adalah pesawat Airbus A320 yang merupakan bekas pesawat Air Asia Thailand.


Kami ada juga jumpa akaun LinkedIn Tuan CEO kepada syarikat baharu ini, kalau lihat kepada profil nampaknya mempunyai pengalaman luas juga dalam industri penerbangan. Pernah menjadi orang penting di dalam Air Asia !

MyAirline, Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaharu Bakal Diperkenal
May be an image of text that says '8:13 Safari Rayner Teo Rayner recent posts and comments will be displayed here. Show all activity Experience Director MYAirline Sdn Bhd Full-time 2021 Present mos Selangor Malaysia vietjet Commercial Advisor All.com Thai VietJet Air Full-time 2019 2020 Bangkok City, Thailand Group Head, Sales & Distribution AirAsia Aug 2019 Malaysia yrs mos Head Sales & Distribution AirAsia 2010 Oct 2012 2yrs 10 Head Sales & Distribution AirAsia 2004 2010 yrs Skills Home MyNetwork Post Notifications Jobs'
0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram