jalan tutup merdeka

Nak ke Dataran Merdeka Sambut Hari Kebangsaan 2022 ? PDRM Galakkan Datang Awal & Guna Pengangkutan Awam

Dikemas Kini: 30 Ogos 2022
Surga Route

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai yang mahu menyaksikan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka pada 31 Ogos 2022 nanti supaya merancang perjalanan mereka serta menggunakan pengangkutan awam berikutan penutupan beberapa jalan utama pada hari berkenaan.

Dari keseluruhan 18 jalan yang akan ditutup di seluruh Kuala Lumpur, terdapat lapan jalan utama terletak didi sekitar Dataran Merdeka. Penutupan dan lencongan yang dibuat adalah bagi tujuan keselamatan dan kelancaran sambutan berkenaan.

Nak ke Dataran Merdeka Sambut Hari Kebangsaan 2022 ? PDRM Galakkan Datang Awal & Guna Pengangkutan Awam
Kredit Gambar : Free Malaysia Today

Justeru, PDRM menasihatkan orang ramai termasuk peserta yang terlibat dalam sambutan hari Kebangsaan untuk hadir awal. Mereka juga menggalakkan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam seperti tren LRT (Transit Aliran Ringan) dan Transit Aliran Massa (MRT).

image 25 179

Bagi mereka yang tidak dapat menggunakan pengangkutan awam mereka perlu pastikan kenderaan mereka diletakkan di tempat yang sesuai dan tidak menghalang lalu lintas.

Terdapat beberapa lokasi yang telah dikenal pasti oleh PDRM sebagai lokasi sesuai untuk meletakkan kenderaan antaranya di Jalan Tanglin dan di Klinik Kesihatan Tanglin dan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Nak ke Dataran Merdeka Sambut Hari Kebangsaan 2022 ? PDRM Galakkan Datang Awal & Guna Pengangkutan Awam
Kredit Gambar : Sinar Harian

Seramai 1,100 anggota polis akan ditugaskan bagi menjaga keselamatan dan kelancaran Hari Kebangsaan 2022 yang dijangka bermula pada pukul 8 pagi sehingga 11 pagi yang melibatkan antaranya persembahan dan perarakan.

Tiga lapisan keselamatan akan dilakukan pada hari berkenaan melibatkan lapisan dalaman, iaitu di kawasan Dataran Merdeka, luaran dan di kawasan radius tiga kilometer dari Dataran Merdeka.

Pihak polis turut akan menempatkan anggota bagi memantau 112 kamera litar tertutup yang terdapat di sekitar Dataran Merdeka bagi sebarang kemungkinan.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram