lokasi bunga api 2023

Nak Tengok Bunga Api ? Ini 5 Lokasi Sambutan Ambang Tahun Baru 2023 di Lembah Klang & Sekitar !

Tag:
Dikemas Kini: 29 Disember 2022
Surga Route

Acara sambutan ambang tahun baru adalah salah satu acara yang dinanti-nantikan setiap tahun. Salah satu tarikan bagi sambutan ini adalah pada jam kemuncak 12 malam yang disambut dengan percikan bunga api.

Walaupun pada tahun ini kerajaan mengumumkan tiada upacara sambutan secara besar-besaran, tetapi pihak swasta masih lagi akan meneruskan acara tersebut. Ini adalah 5 lokasi di Lembah Klang & sekitarnya yang anda boleh pergi jika anda berminat untuk menyertai acara sambutan ambang tahun baru 2023.

IOI City Mall Putrajaya

Nak Tengok Bunga Api ? Ini 5 Lokasi Sambutan Ambang Tahun Baru 2023 di Lembah Klang & Sekitar !

IOI City Mall Putrajaya sekali lagi akan mengadakan sambutan ambang tahun baru setelah kejayaan acara tersebut pada tahun-tahun sebelum ini.

Nak Tengok Bunga Api ? Ini 5 Lokasi Sambutan Ambang Tahun Baru 2023 di Lembah Klang & Sekitar !

Bertempat secara spesifik di Symphony East, akan ada persembahan menarik oleh artis tempatan, aktiviti menyeronokkan, food truck, live band dan banyak lagi! 🤩

Nak Tengok Bunga Api ? Ini 5 Lokasi Sambutan Ambang Tahun Baru 2023 di Lembah Klang & Sekitar !

Nikmati persembahan oleh Hydra Live Band, persembahan silap mata oleh Pinky & Mark, dan persembahan artis tempatan seperti Ziana Zain, Masdo, Geraldine Gan, Tingkat 88, Andi Bernadee, Belle Yu Tian, ​​Syameer Azmi, Bil Musa, Zul Hadi dan Hasif Upin.

Sunway Velocity Mall

Hari terakhir di tahun 2022 dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti di Sunway Velocity Mall. Acara yang bermula pada jam 5:30 petang ini terdiri dari permainan karnival, food truck 🚚🍔, acara 'count down' yang menampilkan barisan artis hebat seperti Ayda Jebat, Priscilla Abby, Haqiem Rusli, Vanessa Reynauld dan ramai lagi !

Nak Tengok Bunga Api ? Ini 5 Lokasi Sambutan Ambang Tahun Baru 2023 di Lembah Klang & Sekitar !

Sunway Lagoon

Di Surf Beach Sunway Lagoon pula bakal berlangsungnya acara Grand Wave New Year Countdown 2023 yang menampilkan Alan Walker.

Nak Tengok Bunga Api ? Ini 5 Lokasi Sambutan Ambang Tahun Baru 2023 di Lembah Klang & Sekitar !

Elmina Central Park

Festival tahun baru di Elmina pula bakal berlangsung di Elmina Central Park bermula jam 4 petang pada 31 Disember 2022.

Acara tersebut turut diserikan oleh kumpulan Dolla, penyanyi Khai Bahar dan juga Joey Leong.

Nak Tengok Bunga Api ? Ini 5 Lokasi Sambutan Ambang Tahun Baru 2023 di Lembah Klang & Sekitar !

Lexis Hibiscus Port Dickson

Sebuah hotel ternama Lexis Hibiscus Port Dickson juga mengadakan acara karnival menjelang tahun baru 2023. Bagaimanapun, acara ini adalah terhad kepada tetamu yang menginap sahaja.

Nak Tengok Bunga Api ? Ini 5 Lokasi Sambutan Ambang Tahun Baru 2023 di Lembah Klang & Sekitar !

Acara ini akan menampilkan Karnival Pantai yang menyajikan aktiviti menyeronokkan seperti muzik langsung, tayangan skrin besar di pantai, pertunjukan api , permainan karnival, DJ , persembahan bunga api serta zoo untuk kanak-kanak !

3.4 5 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram