legasi

Nasi Lemak Legasi 1996 Tawar Menu Istimewa Nasi Lemak Lobster

Dikemas Kini: 18 Jun 2022
Surga Route

Kalau tanya ramai orang, apakah makanan paling sinonim dengan rakyat Malaysia? Tentunya jawapan yang akan diterima adalah nasi lemak. Pagi sehingga ke malam ada saja menu nasi lemak popular.

Jika anda pun rasa menu nasi lemak adalah makanan yang terlalu mainstream, cuba 'twist' dengan menu-menu nasi lemak dari Nasi Lemak Legasi 1996 ini.

Nasi Lemak Legasi 1996 Tawar Menu Istimewa Nasi Lemak Lobster

Menurut laman Facebook mereka, kedai pertama mereka dibuka pada bulan Julai 1996 di Desa Petaling. Kini, generasi baru pula telah mengambil alih legasi perniagaan tersebut tetapi tetap mengekalkan resepi asal warisan keluarga. Walaupun asalnya adalah nasi lemak tepi jalan, tetapi lauknya cukup mengancam.

Mana tidaknya, disini ada Nasi Lemak Lobster Sea Rock dengan berat 200 gram-300 gram. Harga cuma RM39.50 !

Nasi Lemak Legasi 1996 Tawar Menu Istimewa Nasi Lemak Lobster
Nasi Lemak Lobster Sea Rock. RM39.50

Selain itu ada juga Nasi Lemak Sotong Crispy Cheezy dengan harga RM25, Nasi Lemak King Udang Galah dengan harga RM35, dan Nasi Lemak Sotong Bakar pada kadar harga RM25 !

Nasi Lemak Legasi 1996 Tawar Menu Istimewa Nasi Lemak Lobster
Nasi Lemak Sotong Crispy Cheezy dengan harga RM25
Nasi Lemak Legasi 1996 Tawar Menu Istimewa Nasi Lemak Lobster
Nasi Lemak King Udang Galah dengan harga RM35

Nasi Lemak Legasi 1996 Tawar Menu Istimewa Nasi Lemak Lobster

Yang disebutkan tadi adalah menu istimewa di kedai ini. Tapi, kalau jenis tak makan seafood atau tidak menepati bajet haaa boleh cuba menu lain.

Kalau nak lauk yang biasa-biasa pun ada seperti ayam rendang, ayam goreng berempah, sambal kerang, sambal sotong, telur sambal, sambal paru, sambal bilis petai, ayam merah dan telur goreng. Setiap set nasi lemak didatangkan dengan air teh o ais !

Nasi Lemak Legasi 1996 Tawar Menu Istimewa Nasi Lemak Lobster
Nasi Lemak Ayam Merah
Nasi Lemak Legasi 1996 Tawar Menu Istimewa Nasi Lemak Lobster
Nasi Lemak Ayam Rendang
Nasi Lemak Legasi 1996 Tawar Menu Istimewa Nasi Lemak Lobster
Nasi Lemak Sambal Kerang

Pilihlah apa-apa menu pun, kami jamin restoran ini akan memuaskan hati anda. Nasi lemak kukus ini memiliki kelazannya tersendiri. Sambalnya wangi, sedikit manis dan pedas di mana ia sememangnya melepasi syarat-syarat sambal yang enak untuk dihidangkan bersama sepinggan nasi lemak.

Alamat

Kalau berminat boleh serbu ke Legasi Nasi Lemak. Mereka ada 3 cawangan iaitu :

SETIA ALAM - Belakang MCD Setia Taipan 2. Dari simpang MCD terus ke belakang. Restoran mereka berwarna merah (end lot).

?29 Jalan Setia Utama AR U13/AR Setia Alam Setia Alam, , Shah Alam, Selangor, Malaysia, 40170

CHERAS SELATAN (BALAKONG) - Shoplot sebelum Hospital Columbia Asia Cheras Selatan. Restoran kami berwarna merah dan berhadapan jalan utama (highway).

?D1-36-G Jalan Dutamas 1, Taman Dutamas, Cheras, Selangor, Malaysia, 43200

PUCHONG UTAMA - Shoplot di belakang AEON Big Puchong Utama. Restoran kami berwarna merah dan sederet dengan TM Point.

?16 Jalan PU 7/3, Pusat Bandar Puchong Utama, Puchong, Selangor, Malaysia, 47100

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram