Negeri Sembilan, Melaka, Perlis Muncul 3 Negeri Paling Bahagia di Malaysia Tahun 2021

Negeri Sembilan, Melaka, Perlis Muncul 3 Negeri Paling Bahagia di Malaysia Tahun 2021

Dikemas Kini: 4 April 2022
Surga Route

Tiga (3) Negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis tersenarai oleh Jabatan Perancangan dan Desa (PLANMalaysia) sebagai negeri paling bahagia apabila semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mentadbir daerah di negeri tersebut mendapat skor melebihi 80 peratus (80%) dalam pengukuran Indeks Kebahagiaan 2021 bagi bandar di Malaysia.

Indeks kebahagiaan merupakan pengukuran umum terhadap tahap kesejahteraan penduduk merangkumi tahap kesihatan dan kesejahteraan mental dan fizikal. Pengukuran Indeks Kebahagiaan di Malaysia dijalankan melalui Program Jaringan Penunjuk Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia yang dikenali sebagai MURNInets.

MURNInets merupakan alat yang digunakan bagi mengukur kemampanan kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia di bawah seliaan PLANMalaysia, jabatan di bawah Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).

Negeri Sembilan, Melaka, Perlis Muncul 3 Negeri Paling Bahagia di Malaysia Tahun 2021
Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka Muncul Negeri Paling Bahagia

PLANMalaysia menyenaraikan 80 daripada 114 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Semenanjung dan Sabah, mencapai skor melebihi 80 peratus (bahagia), mengambil kira aspek yang berkaitan dengan tahap dan kualiti perkhidmatan PBT seperti penjagaan kebersihan persekitaran, pengurusan pepejal dan kutipan sampah.

Di Negeri Sembilan, pembangunan setiap bandar di negeri itu berdasarkan kekuatan dan keupayaan masing-masing, berpaksikan tiga teras pembangunan menerusi Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2045.

Negeri Sembilan, Melaka, Perlis Muncul 3 Negeri Paling Bahagia di Malaysia Tahun 2021
Negeri Sembilan Muncul Sebagai Salah Satu Negeri Paling Bahagia

Tiga teras itu adalah daerah Seremban dan Port Dickson sebagai pembangunan 'Malaysia Vision Valley 2.0', iaitu bandar metropolis yang berdaya saing inklusif dan bersih. Kuala Pilah, Tampin, Rembau dan Jempol, sebagai pembangunan agropolis menerapkan elemen pertanian. Jelebu sebagai pembangunan biodiversiti menerapkan pemeliharaan sumber semula jadi.

Secara keseluruhan, terdapat enam indikator utama, dinilai di bawah dimensi komuniti sejahtera berkaitan prasarana bagi mencapai indeks Bandar Bahagia.

Ia membabitkan peratusan liputan kediaman dalam lingkungan 400 meter dari kemudahan masyarakat, kadar liputan jalur lebar, pengurangan gangguan bekalan elektrik, pengurangan kes gangguan bekalan air, bilangan terminal dan stesen pengangkutan awam serta peratusan kediaman mendapat perkhidmatan pembetungan.

Negeri Sembilan - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
Negeri Sembilan Muncul Sebagai Salah Satu Negeri Paling Bahagia

Kelebihan Negeri Sembilan dapat dilihat melalui penetapan peranan dan fungsi setiap bandar seperti Seremban yang berperanan pusat pentadbiran negeri, Port Dickson sebagai bandar pelancongan dan Kuala Pilah adalah pusat warisan dan kebudayaan.

Sejajar matlamat menuju negeri sejahtera, inklusif dan mampan menjelang 2045, kerajaan Negeri Sembilan juga akan terus memberi penekanan dan penambahbaikan aspek kesihatan bagi memastikan akses terhadap penjagaan kesihatan.

Negeri Sembilan Government Official Portal - Introduction
Negeri Sembilan Muncul Sebagai Salah Satu Negeri Paling Bahagia

Selain itu, menangani kemiskinan secara menyeluruh, mempertingkatkan bekalan rumah mampu milik berkualiti, mempergiat aktiviti ekonomi dan menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat.

Tujuh daerah di Negeri Sembilan yang mempunyai 1.2 juta penduduk mencatatkan skor penuh, dengan Tampin dinobatkan antara 10 Bandar Paling Bahagia Malaysia dengan pencapaian skor tertinggi 99.5 peratus, diikuti Jelebu (97.85 peratus), Jempol (89.07 peratus), Kuala Pilah (88.39 peratus), Port Dickson (85.76 peratus), Seremban (83.60 peratus) dan Rembau (81.91 peratus).

Di Melaka, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang mencapai skor 91.97 peratus, mengatur pelbagai strategi di samping mempertingkatkan kualiti penyampaian dan perkhidmatan kepada masyarakat bagi memastikan negeri itu terus mencapai status bahagia.

Negeri Sembilan, Melaka, Perlis Muncul 3 Negeri Paling Bahagia di Malaysia Tahun 2021
Melaka Muncul Sebagai Salah Satu Negeri Paling Bahagia

Ia merangkumi perkhidmatan di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, antaranya menyediakan infrastruktur, mengambil tindakan segera sekiranya berlaku masalah atau aduan di samping melaksanakan pengindahan kawasan sekitar.

Antara perkara dilakukan adalah seperti pemasangan lampu di kawasan gelap, membaiki kerosakan jalan, pembersihan, penyelenggaraan sistem perparitan dan sebagainya bagi memastikan keselamatan, keselesaaan dan kesejahteraan penduduk.

Melaka - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Mereka juga memperkenalkan pelbagai inisiatif, antaranya membangunkan sistem SPiKTRA-M bagi tujuan penyuraian trafik dan kelancaran lalu lintas dengan menggunakan algoritma kecerdasan buatan (AI) yang berupaya menghasilkan Sistem Lampu Hijau Bersepadu, dengan penjimatan masa sehingga 300 peratus.

Langkah itu juga sebagai permulaan ke arah menjadikan Bandaraya Melaka sebagai bandar pintar dan perkhidmatan yang diberikan MBMB itu secara tidak langsung memudah dan melancarkan urusan seharian penduduk di negeri itu.

Dalam indeks terbabit, selain MBMB, tiga PBT lagi turut mencatatkan skor tertinggi, iaitu Majlis Perbandaran Alor Gajah(98.17 peratus), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (89.40 peratus) dan Majlis Perbandaran Jasin (85.48 peratus).

Negeri Sembilan, Melaka, Perlis Muncul 3 Negeri Paling Bahagia di Malaysia Tahun 2021
PerlisMuncul Sebagai Salah Satu Negeri Paling Bahagia

Di Perlis, kemudahan dan prasarana di negeri itu dengan penduduk lebih 254,700 orang itu yang setara dengan negeri lain mungkin menjadi penyebab skor status Indeks Kebahagiaan di negeri Perlis adalah setinggi 80.02 peratus. Sebagai maklumat, negeri Perlis hanya ditadbir oleh satu PBT iaitu Majlis Perbandaran Kangar (MPK) .

Agent Perlis - Nafura

Selain itu, cadangan projek 'Perlis Inland Port' (PIP) turut memberi nafas baharu kepada Perlis dalam menyokong pembangunan lain di sekitarnya.

Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka Muncul Negeri Paling Bahagia
0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram