le meridien

New World Hotel Dikenali Sebagai Le Méridien Petaling Jaya Mulai 1 Jun 2022

Dikemas Kini: 13 Jun 2022
Surga Route
New World Hotel Dikenali Sebagai Le Méridien  Petaling Jaya Mulai 1 Jun 2022

New World Hotel Petaling Jaya, sebuah hotel bertaraf 5-bintang kini dikenali sebagai  Le Méridien Petaling Jaya mulai 1 Jun 2022.

New World Hotel Dikenali Sebagai Le Méridien  Petaling Jaya Mulai 1 Jun 2022
Kredit Gambar : Thesundaily

Le Méridien merupakan antara jenama premium di bawah Marriott International dan bakal melalui transformasi untuk menawarkan pengalaman gaya hidup yang eksklusif kepada penginapnya. 

New World Hotel Dikenali Sebagai Le Méridien  Petaling Jaya Mulai 1 Jun 2022

Penjenamaan semula hotel 5-bintang ini dibuat berikutan  termeterainya  perjanjian francais  antara  Jelas Puri Sdn Bhd, sebuah anak syarikat kepada WCT Holdings Berhad (“WCT”), dengan Marriott International. Hotel yang mengandungi 300 bilik ini disasarkan kepada para pelanggan terdiri daripada pelancong  dan pengembara korporat dengan menawarkan khidmat pelanggan berdasarkan piawaian Marriott International. 

New World Hotel Dikenali Sebagai Le Méridien  Petaling Jaya Mulai 1 Jun 2022

Le Méridien, sebuah jenama penginapan mewah dan ternama yang mula ditubuhkan oleh Air France dari Perancis menawarkan pengalaman yang menguja dengan perspektif unik melalui  gabungan elemen Chic, Cultured and Discovery yang diinspirasikan berdasarkan tempat kelahiran jenama tersebut iaitu Paris.

New World Hotel Dikenali Sebagai Le Méridien  Petaling Jaya Mulai 1 Jun 2022

Timbalan Pengarah Urusan WCT, Mr Peter Chow berkata “Kami amat berbesar hati kerana Le Méridien bersedia menjadi  antara rakan sekutu  jenama WCT selain  diberikan peluang menjalinkan kerjasama dengan salah sebuah syarikat hospitaliti yang ternama. Marriott International merupakan antara rangkaian hotel terbesar di dunia berdasarkan kepada bilangan bilik yang diurusnya.  Kami percaya penjenamaan semula ini merupakan kaedah terbaik untuk mencapai impian kami dan mengembangkan lagi perniagaan dengan  meraih prestasi jualan melalui kadar penginapan yang lebih baik, meningkatkan kecekapan kos dan juga produktiviti kakitangan.”

New World Hotel Dikenali Sebagai Le Méridien  Petaling Jaya Mulai 1 Jun 2022

“Usaha ini selari dengan hala tuju strategik kami untuk meningkatkan potensi hartanah dalam projek pembangunan bersepadu WCT di Paradigm Petaling Jaya. Kami berhasrat  untuk menjadikan hotel kami sebagai pilihan ramai bagi tujuan penginapan, penganjuran acara dan menjamu selera di Petaling Jaya dengan memanfaatkan program Mariott Bonvoy.  Mariott Bonvoy merupakan program keahlian terbesar di dunia yang mempunyai 140 juta ahli. Pembukaan Le Méridien Petaling Jaya juga tepat pada masanya dengan tindakan kerajaan membuka semula pintu sempadan negara baru-baru ini,” tambahnya lagi.

New World Hotel Dikenali Sebagai Le Méridien  Petaling Jaya Mulai 1 Jun 2022

Penjenamaan semula ini bakal menawarkan  perkhidmatan hotel yang dipertingkatkan. Ruang rehat, The Lounge akan dijenamakan semula sebagai ‘Latitude 03⁰ 06’ , manakala ruangan makan hotel yang dikenali sebagai Pasar Baru, iaitu sebuah restoran yang menghidangkan makanan tempatan kegemaran yang diolah (local favourites) tempatan yang menarik manakala  PJ’S Bar and Grill, salah sebuah tempat bersantai di tingkat paling atas yang tersohor di Petaling Jaya akan dikekalkan. Selain itu, para tetamu hotel  juga boleh menikmati pelbagai tawaran makanan dan minuman (F&B) Le Meridien yang disediakan untuk mereka.

New World Hotel Dikenali Sebagai Le Méridien  Petaling Jaya Mulai 1 Jun 2022
New World Hotel Dikenali Sebagai Le Méridien  Petaling Jaya Mulai 1 Jun 2022

Hiasan dalaman hotel  akan melalui perubahan berdasarkan jenama Le Méridien yang unik iaitu rekaan Timeless Chic yang diinspirasikan berdasarkan tempat asal-usul jenama ini dilahirkan iaitu Paris.

New World Hotel Dikenali Sebagai Le Méridien  Petaling Jaya Mulai 1 Jun 2022

Rekaan itu diilhamkan melalui cita rasa yang menguja dan para tetamu bakal merasai suasana destinasi yang ada di seluruh dunia. Le Méridien akan mentakrifkan semula elemen tempatan untuk menjadi lebih bergaya, dengan menumpukan pada budaya seni dan masakan di samping menerokai keunikan yang ditawarkannya.

New World Hotel Dikenali Sebagai Le Méridien  Petaling Jaya Mulai 1 Jun 2022
New World Hotel Dikenali Sebagai Le Méridien  Petaling Jaya Mulai 1 Jun 2022

Sehubungan itu,  jenama Le Méridien ini akan berupaya untuk menarik segmen khalayak yang lebih luas terutamanya dalam kalangan pelancong  berminda kreatif yang sering mengejar inspirasi di kala mereka menerokai destinasi, budaya unik dan pengalaman kulinari. Le Méridien Petaling Jaya juga mengalu-alukan  ahli Marriot Bonvoy untuk merasai sendiri pengalaman luar biasa  yang ditawarkan  oleh jenama Marriott International.

New World Hotel Dikenali Sebagai Le Méridien  Petaling Jaya Mulai 1 Jun 2022

Pengurus Besar Le Méridien Petaling Jaya, Chris Moore berkata, “Kami  amat teruja untuk memainkan peranan dalam peralihan New World Petaling Jaya Hotel kepada Le Méridien Petaling Jaya. Hotel ini akan  menawarkan pengalaman baharu kepada para tetamunya terutama para pengembara  untuk menerokai apa yang kami tawarkan berdasarkan teras jenama yang  didatangkan  bersamanya  dari segi seni pengembaraan, budaya menikmati hidangan dan juga  kekayaan warisan Eropah. 

New World Hotel Dikenali Sebagai Le Méridien  Petaling Jaya Mulai 1 Jun 2022
New World Hotel Dikenali Sebagai Le Méridien  Petaling Jaya Mulai 1 Jun 2022

Hotel mewah Le Méridien Petaling Jaya akan menjadi sebahagian daripada  kawasan pembangunan bersepadu yang terkenal di Petaling Jaya yang merangkumi Paradigm Mall Petaling Jaya,  sebuah menara pejabat iaitu The Ascent dan dua apartmen servis yang dikenali sebagai Azure Residences dan juga Sapphire Paradigm.

New World Hotel Dikenali Sebagai Le Méridien  Petaling Jaya Mulai 1 Jun 2022
New World Hotel Dikenali Sebagai Le Méridien  Petaling Jaya Mulai 1 Jun 2022

Sempena pembukaan, Le Méridien Petaling Jaya menawarkan pakej bilik istimewa bermula dari MYR330+ untuk penginapan satu malam di Bilik Deluxe termasuk sarapan pagi untuk dua orang, akses Internet, diskaun 20% di semua tempat F&B (tidak termasuk alkohol dan tembakau) dengan 1000 mata Marriott Bonvoy. Pakej ini sah sehingga 30 Jun 2022. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi hotel di +603-7682 0000 atau tempah di www.lemeridienpetalingjaya.com.

New World Hotel Dikenali Sebagai Le Méridien  Petaling Jaya Mulai 1 Jun 2022
5 1 vote
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram