nusakuya resort semporna sabah

Nusakuya Resort, Salah Satu Penginapan Terbaik di Semporna Sabah

Dikemas Kini: 15 Disember 2023
Surga Route

Kalau anda ke Semporna, rasanya amat rugi kalau tak bermalam di resort terapung atau resort atas air yang berada di tengah-tengah lautan di Semporna, Sabah.

Nusakuya Resort, Salah Satu Penginapan Terbaik di Semporna Sabah
Kredit : Nusakuya Resort

Mana tidaknya, lautan di Semporna begitu cantik membiru tanpa pencemaran sehingga digelarkan sebagai Maldives Malaysia.

Nusakuya Resort, Salah Satu Penginapan Terbaik di Semporna Sabah
? naddyahamzah

Salah satu resort atas air yang ada di Semporna adalah Nusakuya Resort. Resort yang bermula operasi sejak tahun 2019 ini cukup unik, menarik dan cantik.

Nusakuya Resort, Salah Satu Penginapan Terbaik di Semporna Sabah
? sir_hvfiz.rbvz

Jenis Penginapan

Terdapat 2 jenis villa di sini iaitu deluxe room dan triple room. Anda boleh memilih jenis villa yang sesuai dengan saiz keluarga dan keselesaan anda.

Nusakuya Resort, Salah Satu Penginapan Terbaik di Semporna Sabah
Kredit : Nusakuya Resort
Nusakuya Resort, Salah Satu Penginapan Terbaik di Semporna Sabah
Kredit : Nusakuya Resort

Buat pengetahuan anda, setiap harga bilik adalah pakej all-in yang termasuk dengan boat transfer, 3 Kali makan, island hopping dan sewaan peralatan snorkeling.

Villa-villa mereka dilengkapi dengan kemudahan seperti bilik mandi tersendiri, penghawa dingin, kipas angin, toiletries, tuala, TV, kelengkapan membuat kopi/teh dan yang paling istimewa, tangga yang membawa anda terus ke laut.

Villa yang cukup selesa ini juga dilengkapi dengan balkoni yang selesa dan ceria untuk anda menikmati suasana laut sambil bersantai dan beristirehat.

Nusakuya Resort, Salah Satu Penginapan Terbaik di Semporna Sabah
@eiraahzainuddin

Fasiliti

Seperti yang dikatakan tadi, mereka menyediakan pakej all-in apabila anda menginap di sini. Ini termasuk, boat transfer, 3 kali makan (sarapan,tengahari & malam), sewaan peralatan snorkeling dan island hopping. Terdapat 3 jenis pakej island hopping di sini dan anda boleh memilih antara:

  • Pakej A  – Hiking Di Bohey Dulang, Sibuan, Matabuan Island
  • Pakej B – Kapalai Island & Mabul
  • Pakej C – Pom Pom, Timba Timba Island, Mataking

Mereka juga ada menyediakan aktiviti kayak lutsinar (transparent kayak) yang membolehkan anda melihat keadaan dalam laut, dari kayak itu sendiri.

Nusakuya Resort, Salah Satu Penginapan Terbaik di Semporna Sabah
Kredit : Nusakuya Resort

Bagi anda yang memilih Nusakuya Resort sebagai destinasi bulan madu, anda tidak salah memilih kerana mereka turut menyediakan pakej honeymoon yang termasuk candlelight dinner dan breakfast in bed yang disediakan khas untuk anda dan pasangan.

Nusakuya Resort, Salah Satu Penginapan Terbaik di Semporna Sabah
Kredit : Nusakuya Resort

Anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan Jalan-Jalan Tawau di mana anda akan di bawa ke Tawau untuk meneroka bandar itu.

Nusakuya Resort, Salah Satu Penginapan Terbaik di Semporna Sabah
Kredit : Nusakuya Resort

Jangan lupa, Nusakuya Resort adalah pilihan tepat untuk percutian sempurna di Semporna. Kalau anda berminat untuk dapatkan pakej percutian di Nusakuya Resort, boleh klik pautan ini.

Nusakuya Resort, Salah Satu Penginapan Terbaik di Semporna Sabah
Kredit : Nusakuya Resort
0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram