ropeswing

Operasi Tanpa Kebenaran. Spot Ropeswing Terkenal Disita !

Dikemas Kini: 12 Julai 2022
Surga Route

Menerusi satu hantaran dari akaun Facebook rasmi Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), MPHS menyatakan bahawa mereka telah menjalankan operasi ke atas syarikat yang menjalankan aktiviti sukan lasak Rope Swing di Kuala Kubu Bharu.

Operasi Tanpa Kebenaran. Spot Ropeswing Terkenal Disita !
Kredit Gambar : Discover KL

Operasi tersebut dilakukan secara bersepadu hasil kerjasama MPHS, Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Selangor dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Hulu Selangor selepas mendapat aduan berkenaan aktiviti sukan tersebut yang masih beroperasi walaupun masih tidak mendapat kebenaran daripada mana-mana agensi yang berkaitan.

Operasi Tanpa Kebenaran. Spot Ropeswing Terkenal Disita !
Kredit Gambar : Expedia Malaysia

Pengurus syarikat berkenaan telah dimaklumkan kesalahan yang dilakukan dan mereka akur untuk menghentikan operasi sehingga mereka dapat memenuhi segala syarat yang ditetapkan.

Susulan operasi tersebut, pihak majlis telah menyita 73 unit kon dan 34 unit halangan plastik serta kompaun di bawah Akta Kerajaan Tempatan seksyen 46(1)(a) akta 133 kerana meletakkan apa-apa barang yang boleh menyebabkan halangan di tempat awam.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram