Padang Kota Lama

Padang Kota Lama Kembali Dibuka Dengan Wajah Baru ! Kos Penambahbaikan RM12.9 Juta !

Dikemas Kini: 23 Mei 2022
Surga Route
Padang Kota Lama Kembali Dibuka Dengan Wajah Baru ! Kos Penambahbaikan RM12.9 Juta !

Wah, seronoklah orang Penang. Sekarang dah boleh bersiar-siar dan menikmati pemandangan pesisir pantai di Padang Kota Lama dengan lebih selesa selepas projek pengukuhan dan penambahbaikan tembok laut Padang Kota Lama telah selesai sepenuhnya.

Padang Kota Lama Kembali Dibuka Dengan Wajah Baru ! Kos Penambahbaikan RM12.9 Juta !

Projek sepanjang kira-kira 570 meter dari Medan Selera Renong ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia itu mula dibina pada 2016 dan dikatakan menelan kos RM12.9 jutam dibiayai Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan tambahan RM1.4 juta lagi daripada kerajaan negeri untuk projek ‘linear garden’ yang akan dilaksanakan nanti.

Padang Kota Lama Kembali Dibuka Dengan Wajah Baru ! Kos Penambahbaikan RM12.9 Juta !

Selain itu, kerajaan negeri juga sedang giat menaik taraf dan meluaskan rangkaian ruang serta kemudahan awam bagi meningkatkan ketersambungan interaksi sosial di seluruh kawasan tumpuan di negeri ini termasuk di Georgetown. 

Padang Kota Lama Kembali Dibuka Dengan Wajah Baru ! Kos Penambahbaikan RM12.9 Juta !

Inisiatif ini dipertanggungjawabkan kepada Georgetown Conservation Develompent Corporation (GTCDC) sejak 2016 berdasarkan North Seafront Master Plan iaitu pelan induk yang bertujuan menaik taraf ruang awam yang menarik serta inklusif di dalam Rancangan Kawasan Khas Georgetown. 

Padang Kota Lama Kembali Dibuka Dengan Wajah Baru ! Kos Penambahbaikan RM12.9 Juta !

Terdapat 14 projek dicadangkan di bawah pelan ini dengan kos keseluruhan sebanyak RM140 juta yang dibiayai oleh kerajaan negeri, MBPP dan Think City secara bersama.

Padang Kota Lama Kembali Dibuka Dengan Wajah Baru ! Kos Penambahbaikan RM12.9 Juta !

Daripada 14 projek tersebut (projek fizikal dan projek kajian), 10 daripadanya telah disiapkan setakat ini dengan penglibatan pelbagai agensi dan jabatan negeri termasuk projek tembok laut di Padang Kota dengan kerjasama MBPP.

Padang Kota Lama Kembali Dibuka Dengan Wajah Baru ! Kos Penambahbaikan RM12.9 Juta !

Selain projek tembok laut, beberapa projek-projek utama sedang dalam pelaksanaan di bawah pelan induk ini termasuk projek konservasi Kota Cornwallis yang memartabatkan pemuliharaan Bangunan Warisan Kategori Satu. 

Padang Kota Lama Kembali Dibuka Dengan Wajah Baru ! Kos Penambahbaikan RM12.9 Juta !

Terdapat juga projek-projek yang melibatkan naik taraf laluan pejalan kaki di Lebuh Light serta di kawasan sekitar North Seafront bagi memastikan setiap kawasan tumpuan adalah dihubungkan dengan baik dan terancang.

5 2 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram