panduan ke langkawi 2022 jeti harga tiket & jadual

Panduan ke Langkawi 2022 : Jeti, Harga Tiket & Jadual

Tag:
Dikemas Kini: 10 Ogos 2022
Surga Route

Pulau Langkawi merupakan sebuah pulau bebas cukai terkenal di negeri Kedah yang boleh diakses menggunakan penerbangan dan juga feri dari Kuala Perlis dan juga Kuala Kedah.

Ramai dari kalangan kita menggunakan feri untuk ke Pulau Langkawi, terutamanya penduduk di belah Utara Semenanjung.

Panduan ke Langkawi 2022 : Jeti, Harga Tiket & Jadual

Jadi, ini adalah panduan penuh untuk menaiki feri penumpang ke Pulau Langkawi.

Jeti

Panduan ke Langkawi 2022 : Jeti, Harga Tiket & Jadual
Jeti kuala Perlis. Kredit : NEYRA

Terdapat 2 jeti yang menjadi kebiasaan dan pilihan untuk ke Pulau Langkawi iaitu Jeti Kuala Kedah dan juga Jeti Kuala Perlis.

Kedua-dua jeti ini mempunyai kelebihan dan kekurangan. Misalnya, jika anda memilih untuk naik di Kuala Kedah, jaraknya lebih dekat dengan Kuala Lumpur namun masa perjalanan di dalam feri lebih lama dan tiket juga lebih mahal.

Jeti Kuala Perlis terletak lebih dekat dengan Pulau Langkawi menjadikan jarak perjalanan feri lebih singkat walaupun anda perlu berkereta lebih jauh ke Utara. Tiket feri juga lebih murah. Jeti ini sesuai buat anda yang mabuk laut dan mahukan perjalanan feri yang lebih singkat

Harga Tiket Kuala Perlis - Pulau Langkawi

Jenis PenumpangKadar Tambang
Dewasa (Warganegara)RM 21.00
Kanak- Kanak (Warganegara)RM 16.00
Dewasa (Penduduk Langkawi)RM 15.00
Kanak-Kanak (Penduduk Langkawi)RM 10.00
Orang Kurang Upaya (OKU)RM 10.00
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas)RM 13.00
Dewasa (Bukan Warganegara)RM 27.00
Kanak-Kanak (Bukan Warganegara)RM 19.50

Harga Tiket Kuala Kedah - Pulau Langkawi

Jenis PenumpangKadar Tambang
Dewasa (Warganegara)RM 26.50
Kanak- Kanak (Warganegara)RM 20.50
Dewasa (Penduduk Langkawi)RM 20.00
Kanak-Kanak (Penduduk Langkawi)RM 14.00
Orang Kurang Upaya (OKU)RM 14.00
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas)RM 17.00
Dewasa (Bukan Warganegara)RM 34.50
Kanak-Kanak (Bukan Warganegara)RM 25.50

Jadual Feri 2022

Jadual feri dari Kuala Kedah & Kuala Perlis ke Langkawi adalah berbeza-beza mengikut hari dan tarikh. Sebaiknya anda menyemak jadual feri pada tarikh yang anda mahukan disini

4.3 3 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram