pdrm tawar diskaun 50% saman trafik di pameran maha 2022

PDRM Tawar Diskaun 50% Saman Trafik Di Pameran MAHA 2022

Tag:
Dikemas Kini: 12 Ogos 2022
Surga Route

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bermula 4 hingga 14 Ogos 2022 mendapat sambutan menggalakkan.

Terbaru, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan turut sama-sama memeriahkan lagi pameran MAHA 2022 apabila akan membuka kaunter bayaran saman trafik berserta diskaun istimewa.

Pihak Polis Diraja Malaysia menawarkan pengurangan bayaran saman trafik sehingga 50% pada Sabtu (13/08/2022) & Ahad (14/08/2022) bagi kesalahan terpilih bermula jam 09.00 pagi hingga 4.00 petang lokasi di LAMAN TIBA 1 MAEPS SERDANG.

PDRM Tawar Diskaun Saman 50% Di Pameran MAHA 2022

Makin bertambah sebab kita untuk pergi ke MAHA kali ini. Dapat jalan-jalan, makan-makan, beli-belah dan dapat juga jimat kadar bayaran saman.

Jom datang beramai-ramai dan lunaskan 'hutang' anda untuk pembangunan negara. Pandai buat salah, kena pandai bayar hehe. Jumpa anda di sana!

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram