pelayaran islamik 42.0 tampilkan ustaz wadi annuar, bakal menggunakan kapal resort world cruise !

Pelayaran Islamik 42.0 Tampilkan Ustaz Wadi Annuar, Bakal Menggunakan Kapal Resort World Cruise Setinggi 18 Tingkat !

Dikemas Kini: 24 Oktober 2022
Surga Route

Sejak kebelakangan ni memang tular betul berkaitan kapal pelayaran mewah, terutamanya kapal persiaran dari Resort World Cruise yang melakukan perjalanan dari Malaysia ke Singapura.

Bagi perjalanan biasa, kapal tersebut mempunyai satu restoran yang menyediakan makanan halal. Bagaimanapn, tidak semua restoran ya. Ditambah pula, ada juga aktiviti-aktiviti yang mungkin tidak patuh syariat turut diadakan di atas kapal tersebut.

Tapi, kalau anda mahukan pengalaman percutian di atas kapal pelayaran yang 100 halal dan patuh syariat, ada satu tawaran yang sesuai buat anda.

Pelayaran Islamik Siri 42.0 akan kembali pada 10-12 November ini. Pelayaran di kapal pelayaran setinggi 18 tingkat selama 3 hari 2 malam tersebut akan membawa Ustaz Wadi Annuar dan juga kumpulan nasyid Inteam sebagai tetamu istimewa.

Pelayaran Islamik 42.0 Tampilkan Ustaz Wadi Annuar, Bakal Menggunakan Kapal Resort World Cruise !

Pada kadar harga bermula RM2,797 sahaja, pakej pelayaran dari Pelabuhan Klang ke Singapura tersebut bakal termasuk :

  • Penginapan Bilik Twin Selama 3 Hari 2 Malam
  • Semua Hidangan di Dalam Kapal
  • Program & Aktiviti
  • Q&A with Ustaz
  • Caj Minyak
  • Surcaj Pelabuhan
  • Hadiah Cenderamata Istimewa
  • Qiamullail & Tazkirah
  • Tipping / Cruise Service Charge
  • Makan Malam GALA Pelayaran Islamik
  • Derma Anak Yatim, Tahfiz, Fakir MiskinCharity donations for orphans, tahfiz and the poor
  • Forum Muzikal Khas 2 Jam @ Cruise Grand Auditorium.
Pelayaran Islamik 42.0 Tampilkan Ustaz Wadi Annuar, Bakal Menggunakan Kapal Resort World Cruise !

Bagaimanapun, pakej ini hanya eksklusif untuk 300 orang. Jadi, cepat-cepat buat tempahan melalui pautan ini.

Kalau tak sempat untuk dapatkan tempat anda di pelayaran islamik. Mungkin anda boleh mencuba pakej Resort World Cruise yang ini.

3 2 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram