pelitup muka di masjid wilayah persekutuan tidak lagi diwajibkan bermula 30 september

Pelitup Muka Tidak Lagi Wajib Di Masjid & Surau Sekitar Wilayah Persekutuan Bermula 30 September

Tag:
Dikemas Kini: 30 September 2022
Surga Route

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengumumkan pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan tidak lagi diwajibkan.

Pengarah JAWI Datuk Mohd Ajib Ismail dalam satu kenyataan berkata, perubahan itu akan berkuat kuasa bermula Jumaat (30 Sept) selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Jelas beliau, ia juga selaras dengan ketetapan terkini kerajaan berkaitan kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan Covid-19.

pelitup muka di masjid wilayah persekutuan tidak lagi diwajibkan bermula 30 september

Pihak JAWI bagaimanapun masih menggalakkan pemakaian pelitup muka khususnya di kalangan mereka yang berisiko tinggi.

Selaras dengan kelonggaran itu, beliau turut mengajak umat Islam agar mengimarahkan masjid dan surau pada setiap masa bersama ahli keluarga dan jiran tetangga demi kesejahteraan ummah.

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram