Peluang Warga Wilayah Persekutuan Hidupkan Ramadan 1443H
Surga Route
|
4 April 2022
Warga Wilayah Persekutuan terutamanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidak harus melepaskan peluang menyertai pelbagai program dan pengisian menarik sepanjang Ramadan tahun 2022 Masihi atau 1443 Hijrah ini
Antaranya Program Forum Ambang Ramadan Peringkat Wilayah Persekutuan yang bakal diadakan di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui kenyataannya berkata, forum itu akan menampilkan penceramah terkenal tanah air Datuk Dr Izhar Ariff, Ustaz Abdullah Khairi dan Ustaz Haslin Baharin bermula jam 8 malam.
Jawi berkata, pihaknya akan menganjurkan pelbagai program menarik sempena Ramadan ini membabitkan pengisian ibadah, kerohanian, pembudayaan ilmu dan kemasyarakatan di semua premis di bawah seliaan JAWI seperti masjid, surau dan Sekolah Rendah Agama (SRA).
Menurutnya, program lain turut diatur adalah Majlis Pelancaran Semarak Ramadan, Diari Ramadanku, Seminar dan Forum Ambang Ramadan, Slot Madrasah Ramadan dan Fiqh Ramadan di Konti Radio JAWI, Kempen Jom Infaq dan Masjid Di Hatiku, Ziarah Dakwah dan Silaturrahim Bersama Penduduk Setempat dan Pelancaran Road To Ramadan.
"Turut diadakan Seminar Tadabbur al-Quran, Program Iftar atau Berbuka Puasa di Masjid, Kongsi Rezeki Agihan Bubur Lambuk dan Kurma, Berkat Sahur, Ziarah Kasih Ramadan Bersama Asnaf dan Gelandangan, Kenduri Arwah Sekampung, dan Gotong Royong Membersihkan Tanah Perkuburan.
"Program ini bertujuan memberikan peluang kepada orang ramai untuk melipatgandakan amalan ibadah, mendalami ilmu berkaitan ibadah puasa serta menzahirkan keprihatinan dan perasaan empati terhadap kesusahan yang dialami oleh insan lain terutamanya dalam bulan Ramadan yang mulia.
"Orang ramai berpeluang merebut kesempatan untuk menyertai pelbagai program yang disajikan sama ada secara dalam talian mahupun secara fizikal selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.
"Orang ramai juga berpeluang menunaikan solat Tarawih bersama imam jemputan Syeikh Abdul Rahman el-Dasuki dari Mesir di Masjid Wilayah Persekutuan yang turut menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma sepanjang Ramadan" katanya.
Sejak pembukaan sempadan negara, ramai dah mula nak melepaskan gian untuk 'travel' ke luar negara. Bila check passport, rupanya dah tamat tempoh dan perlu perbaharui. Memang beratur panjanglah pejabat imigresen tu. Mungkin disebabkan itu, Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan bahawa prosedur terkini untuk memperbaharui pasport adalah hanya menggunakan atas talian. 'Walk-in' dah tidak diterima ya. Melainkan […]
Untuk mereka yang selalu menaiki penerbangan bagi tujuan domestik atau perjalanan serantau, ada berita baik untuk anda. Sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah tempatan telah diperkenalkan dan bakal memulakan operasi tidak lama lagi. Sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang baharu itu adalah MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) berpengkalan di Kuala Lumpur yang telah diberikan kelulusan bersyarat […]
Wah, seronoklah orang Penang. Sekarang dah boleh bersiar-siar dan menikmati pemandangan pesisir pantai di Padang Kota Lama dengan lebih selesa selepas projek pengukuhan dan penambahbaikan tembok laut Padang Kota Lama telah selesai sepenuhnya. Projek sepanjang kira-kira 570 meter dari Medan Selera Renong ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia itu mula dibina pada 2016 dan dikatakan menelan […]
Sebuah 'outlet village' di Batu Gajah, Perak telah hampir siap sepenuhnya dan bakal dibuka. Outlet tersebut dengan nama Silverlakes Village Outlet dijangka akan dibuka sekitar pertengahan tahun 2022 atau selewat-lewatnya pada Q4 2022. Selepas ini, bolehlah sebelum balik beraya di kampung singgah sini dulu. Lokasinya hanya 30 Minit dari Bandaraya Ipoh.Kalau dari Lebuhraya PLUS boleh […]
Kalau cakap mengenai pelancongan di Negeri Pahang, ramai dari kita pasti terfikir mengenai Cameron Highlands, Genting Highlands, Cherating, Bukit Fraser dan Kuantan sahaja kan. Sebenarnya banyak lagi tau tempat menarik di sekitar negeri terbesar Semenanjung Malaysia ini. Misalnya, kalau anda ke Pekan jangan lupa untuk melawat Muzium Sultan Abu Bakar (Muzium Pahang). Apa yang menarik […]