pelitup muka dalam pesawat

Pemakaian Pelitup Muka Dalam Pesawat Tidak Lagi Diwajibkan

Tag:
Dikemas Kini: 4 Oktober 2022
Surga Route

Pemakaian pelitup muka dalam penerbangan tidak lagi diwajibkan berkuat kuasa serta-merta, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, hari ini (28 September 2022).

Menurutnya pada 7 September lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan kelonggaran penggunaan pelitup muka dan memutuskan penggunaannya di dalam ruang tertutup adalah pilihan.

“Berdasarkan penilaian semasa situasi Covid-19 dan mengambil kira keperluan terkini, kementerian memutuskan pelitup muka tidak lagi diwajibkan apabila berada di dalam pesawat,” kata Khairy.

Pemakaian Pelitup Muka Dalam Pesawat Tidak Lagi Diwajibkan

Bagaimanapun, katanya, kementerian masih menggalakkan penggunaan pelitup muka bagi mereka yang mengalami simptom seperti influenza; individu berisiko tinggi seperti warga emas; mereka yang mempunyai penyakit kronik; mereka yang mempunyai imuniti rendah dan wanita hamil; serta mereka yang melancong dengan individu berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak.

Pemakaian Pelitup Muka Dalam Pesawat Tidak Lagi Diwajibkan

Khairy memaklumkan kelonggaran pemakaian pelitup muka di kapal terbang itu selaras dengan syor kesihatan dari negara seperti Kesatuan Eropah, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Singapura.

Menurutnya, keperluan pemakaian pelitup muka di dalam kapal terbang bagaimanapun masih tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh negara yang dikunjungi.

Kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka bermula 1 Ogos 2020, namun pada 7 Sept lepas, KKM telah mengumumkan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan adalah atas pilihan.

KKM awal hari ini memaklumkan jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara semalam, meningkat sedikit kepada 1,552 kes berbanding 1,186 yang dicatat pada Isnin.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak wabak itu melanda Malaysia pada Januari 2020 meningkat kepada 4,834,560 kes, dengan 4,774,314 pesakit telah sembuh, termasuk 1,684 pesakit yang pulih semalam.

Daripada jumlah jangkitan baharu semalam, 1,024 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19, diikuti 326 kes (penerima dua dos); 196 kes (individu tidak divaksinasi); dan enam kes (individu yang belum lengkap divaksinasi).

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram