Kementerian Pengangkutan Sarawak Minta Syarikat Penerbangan Tawar Harga Berpatutan

Tag:
Dikemas Kini: 19 April 2022
Surga Route

Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) telah mengemukakan permohonan bertulis meminta syarikat-syarikat penerbangan agar menawarkan tambang penerbangan lebih berpatutan, terutamanya semasa musim perayaan bagi membantu meringankan beban kewangan yang dihadapi orang ramai sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dikuatkuasakan pada 2020 bagi membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Kementerian Pengangkutan Sarawak Minta Syarikat Penerbangan Tawar Harga Berpatutan

Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Lee Kim Shin berkata

"Saya juga difahamkan syarikat-syarikat penerbangan akan mengadakan promosi khas waktu terhad dalam waktu terdekat ini untuk Hari Raya bagi menampung peningkatan permintaan penerbangan antara Semenanjung dan Sarawak.

"Kita berharap rakyat Sarawak yang tinggal dan bekerja di Semenanjung Malaysia mengambil peluang ini serta peka dengan pengumuman-pengumuman daripada syarikat-syarikat penerbangan dalam waktu terdekat ini,

Setakat ini kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah meluluskan 619 kekerapan penerbangan seminggu ke Sarawak, termasuk penerbangan antarabangsa dari Singapura dan Brunei Darussalam bagi memudahkan pergerakan orang ramai dan kargo khasnya dengan pembukaan sempadan negara bermula 1 April 2022.

Why Kuching, Malaysia is Called 'The City of Cats'

Inisiatif ini juga penting untuk merancakkan semula pertumbuhan ekonomi negeri khasnya sektor pelancongan.

"Dengan meningkatnya kekerapan penerbangan masuk ke Sarawak, kita menjangka syarikat-syarikat penerbangan akan menawarkan tambang yang berpatutan lebih-lebih lagi dengan menjelangnya Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak.

"Ramai rakyat Sarawak bekerja di Semenanjung Malaysia dijangka pulang ke kampung untuk bertemu keluarga meraikan bersama sambutan ini," katanya.

Kuching to become smart city by 2025

Lee dalam pada itu menggesa orang ramai agar merancang perjalanan mereka semasa musim perayaan dan membeli tiket penerbangan lebih awal bukan pada saat-saat akhir.

Ini kerana katanya, rata-rata syarikat penerbangan menggunakan mekanisme 'Harga Dinamik' dalam pengurusan hasil, harga (tambang) akan bertindak balas kepada permintaan seperti dimaklumkan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

"Kita percaya syarikat-syarikat penerbangan akan memberi maklum balas kepada keputusan JPBNS meluluskan lebih banyak kekerapan penerbangan ke Sarawak.

"Syarikat-syarikat penerbangan akan memainkan peranan penting dalam memudahkan pergerakan orang ramai dan barangan pada kadar tambang berpatutan selain menyokong inisiatif-inisiatif kerajaan mempercepatan pemulihan ekonomi kita," katanya.

Sumber : Utusan Borneo

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram