penginapan dikelilingi sawah padi khas untuk muslim di sungai besar ! hijau senja cabin

Penginapan Dikelilingi Sawah Padi Khas Untuk Muslim di Sungai Besar !

Dikemas Kini: 25 Disember 2022
Surga Route

Berbanding dengan Sekinchan, admin lebih suka lajak sikit ke Sungai Besar atas faktor tertentu. Antaranya adalah pengusaha pelancongan di Sungai Besar lebih ramai terdiri dari 'orang kita' berbanding di Sekinchan. Yang mana faham terma 'orang kita' tu faham lah ya.

Sebenarnya, Sungai Besar pun tak kalah dengan Sekinchan yang terkenal dek jelapang padinya. Cuma entahlah jarang dikomersialkan di media.

Unit penginapan pun banyak yang menarik. Salah satunya adalah Hijau Senja Cabins ini.

Bermula dari RM250, anda akan menginap di satu kabin bersaiz 120 kaki persegi dilengkapi 1 katil queen + 2 tilam single.

Penginapan Dikelilingi Sawah Padi Khas Untuk Muslim di Sungai Besar ! Hijau Senja Cabin
Kredit : Ain Adnam

Nampak macam kecil tapi boleh memuatkan sehingga 4 dewasa atau 2 dewasa & 3 kanak-kanak. Kiranya kalau keluarga kecil atau kawan-kawan tu tak ada masalah untuk menginap sekali.

Keperluan asas pun lengkap seperti tandas, TV, pit BBQ, dan keperluan asas lain.

Kolam Renang Peribadi

Paling seronok adalah kabin dilengkapi dengan kolam renang peribadi. Betul-betul depan pintu. Ni memang best, tak payah campur dengan tetamu lain. Memang puas mandi dari siang sampai ke malam.

Waktu petang pula boleh sewa basikal, ronda-ronda sawah padi sambil menghirup angin petang !

Alamat

?Hijau Senja Cabin, No 3, Lot 622, Parit 10 Barat 45300 Sungai Besar, Selangor, Malaysia

Tempahan

Tempahan kabin ini adalah khas untuk tetamu Muslim sahaja. Untuk membuat tempahan boleh klik pautan ini.

1 1 vote
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram