umrah uhb travel & tours

Pergi Umrah Dahulu, Bayar Kemudian Bersama UHB Travel

Tag:
Dikemas Kini: 15 September 2022
Surga Route

Mengerjakan Ibadah Umrah menjadi salah satu impian ramai umat Islam. Bagaimanapun, banyak faktor yang menghalang seseorang dari melakukannya seperti masa dan juga kewangan.

Maklumlah, ibadah Umrah ini perlu dilakukan di tempat yang khusus iaitu di tanah suci Makkah. Maka kos pengangkutan, hotel dan sebagainya perlu diambil kira.

image 3 16
Kredit : UHB Travel & Tours

Kini anda tak perlu risau lagi sebab ada satu agensi pelancongan menawarkan pakej umrah 'Pergi Dahulu, Bayar Kemudian'.

Ini bermakna anda boleh melengkapkan pembayaran sedikit demi sedikit setelah selesai mengerjakan umrah.

Syarikat yang menyediakan pakej sedemikian adalah UHB Travel & Tours yang merupakan merupakan syarikat 100% milik bumiputera dan telah pun diperbadankan pada 5 April 2016.

Terdapat beberapa syarat pendaftaran di bawah pakej ini. Pertama, anda perlu membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM3000. Kemudian, baki bayaran boleh dibayar secara ansuran sehingga hujung tahun 2022 usai pulang ke tanah air.

Selain syarat di atas, anda dikehendaki menandatangani surat perjanjian bersama pihak syarikat menandakan kata sepakat dan meletakkan apa-apa cagaran yang setimpal dengan harga pakej.

image 3 17
Kredit : UHB Travel & Tours

Pakej UHB Travel & Tours ini turut menyediakan bermalam di Taif secara percuma. Berkenaan penginapan di hotel, harga akan dicas mengikut kapasiti bilik daripada berdua sehingga berempat. Jika berminat, boleh segera melakukan pendaftaran kerana tempat duduk adalah terhad.

Jika anda berminat atau mempunyai sebarang soalan berkaitan pakej yang ditawarkan, anda boleh klik disini

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Artikel Berkaitan

Cerita Popular

Komen Terkini di SurgaRoute.Com

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram