mh2664

Pesawat MH2664 Berubah Altitud Mendadak, Penumpang Menjerit dan Menangis

Dikemas Kini: 25 Jun 2022
Surga Route

Seorang penumpang wanita berkongsi detik cemas sewaktu dia menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dengan nombor penerbangan MH2664 dari Kuala Lumpur ke Tawau baru-baru ini.

Menurut perkongsian Yi Ma Nas atau Halimah Nasoha yang tular di laman sosial Facebook, kapal terbang itu tiba-tiba turun dari ketinggian 31,000 kaki kepada 24,000 kaki hanya dalam masa beberapa saat.

image 3

Ujarnya, ramai penumpang panik, menjerit dan ada yang menangis apabila pesawat kehilangan altitud selepas 30 minit berlepas.

image 4 1

"Ia sangat menakutkan bagi kami. Saya benar-benar merasakan saya akan mati.

“Saya terkilan kerana tidak memakai tali pinggang keledar ketika itu.

Pesawat terbabit dikatakan hilang kawalan dalam masa 10 minit dan kemudiannya pesawat tersebut menjunam buat kali kedua tetapi tidak seteruk seperti insiden yang berlaku kali pertama.

"Penerbangan itu tidak stabil. Ia naik dan kemudian turun. Tetapi, kali pertama ia turun adalah yang paling teruk," jelasnya.

Pesawat tersebut juga sempat berlegar-legar di ruang udara Melaka sebelum melakukan pendaratan di KLIA.

Halimah turut memuji kecekapan juruterbang dalam menangani situasi kecemasan tanpa berlaku sebarang kejadian tidak diingini kepada para penumpang dan pesawat.

image 4 2

Pesawat Berpatah Balik Demi Keselamatan Penumpang

Dalam pada itu, menurut kenyataan dikeluarkan oleh Malaysia Airlines, penerbangan bernombor MH2664 itu terpaksa berpatah balik kerana mengalami masalah teknikal dan cuaca buruk pada Ahad lalu.

Sebagai langkah berjaga-jaga, juruterbang membuat keputusan untuk berpatah balik ke Kuala Lumpur demi keselamatan penumpang.

Tambah kenyataan itu lagi, pesawat berkenaan selamat mendarat di Kuala Lumpur pada pukul 5.03 petang Ahad selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 2.30 petang.

"Keselamatan anak kapal dan penumpang adalah amat penting," ujar kenyataan berkenaan.

0 0 votes
Article Rating
Konsikan Artikel:
Kategori: Tag:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram