langkawi

Pesawat Ringan Terbabas Ketika Mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi

Tag:
Dikemas Kini: 10 Ogos 2022
Surga Route

Sebuah pesawat latihan jenis Diamond DA-42D 9M-HMY terbabas keluar dari landasan ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL), Kedah.

Kejadian berlaku pada jam 11.01 pagi ketika pesawat yang dikendalikan oleh dua juruterbang HM Aerospace Sdn Bhd hilang kawalan ketika mendarat. Bagaimanapun, kedua-dua juruterbang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pesawat berkenaan kemudiannya dialihkan pada jam 12.05 tengah hari dan pemeriksaan penuh landasan dilakukan bagi memastikan keselamatan operasi lapangan terbang.

Landasan LTAL dibuka semula pada jam 12.20 tengah hari dan siasatan lanjut dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Sebagai usaha mempromosikan keselamatan penerbangan, semua pengurus dan ketua pegawai eksekutif organisasi latihan penerbangan akan dipanggil untuk hadiri taklimat keselamatan.

Kesemua aspek keselamatan pesawat dalam ekosistem organisasi latihan penerbangan juga akan dikaji semula untuk penambahbaikan bagi meningkatkan lagi tahap piawaian keselamatan semua pihak dalam industri penerbangan.

0 0 votes
Article Rating
Kategori:

Ditulis oleh Surga Route

Kami kongsikan segalanya berkenaan Halal & Muslim-Friendly Travel.

Baca Juga:
Subscribe
Notify of
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram