Hujung minggu ini kalau dah habis idea nak makan mana,dah bosan makan dalam restoran,warung,kedai,kafe dan sebagainya, boleh makan-makan sambil jalan-jalan melawat ladang nanas di Sungai Merab, Kajang.

Memang best dan suasana lain dari lain. Biasa di Cameron Highlands kan kita makan di ladang teh, kali ni rare sikit, dalam ladang nanas ! Yang buat lagi best ladang ni kat kampung, jadi dapat rasa suasana desa tu sekali.

Disebabkan ladang nanas berada di lereng bukit, anda siap boleh tengok pemandangan Bangi dari sini.
Boleh dikatakan perfect juga tempat ni menggabungkan menu unik , view menarik, dan suasana tenang. Mana lagi nak dapat tempat macam ini di Lembah Klang. Tambah pula kalau datang sini untuk sarapan pagi, lagi best kan !

Kafe mereka menyediakan pelbagai menu berasaskan nanas. Ada cheesecake nanas, cheesetart nanas, creampuff nanas, scone nanas, , cup cake nanas, ais krim nanas, karipap inti nanas, air nanas MD2 segar, nasi goreng nanas. Semuanya lazat & bergizi !



Kalau jenis tak makan nanas pun tak apa, jangan risau. Disini ada juga menu lain macam nasi lemak,western food dan lain-lain.

Dah lepas makan tu boleh beli ole-ole macam buah nanas potong atau lagi istimewa sos cili nanas.


Katanya datang sini memang kena awal sebab ramai dah tahu port ni. Kena beratur sikit hehe.
Waktu Operasi
Waktu Operasi adalah seperti berikut :-
8.00 pagi - 6.30 petang (Setiap Hari)
11.00 pagi - 6.30 petang (Western Food)
*Lempeng sambal tumis dan Nasi Lemak (Sarapan pagi)
Alamat
Saudagar Nanas Agrofarm, Lot 3000 Kampung Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor
Saya dan family baru je ke restoran nanas ni.Makanan nya sedap belaka...cuma kena perbaiki sikit tang nasi penyet tu....tempe dan ayam sejuk...x ranggup.Yg lain makanannya sedap.Minuman pun sedap.
Kalu boleh ada lah sambutan atau ucap terima kasih dan sila datang lagi atau tanya...makanan mcm mana...ok ke...
Tanyalah dan beramah mesra lah dgn pelangan yg datang.
Itu lah punca akan ramai lg yg datang sebab hebahan dari mulut ke mulut.
Maaf saya sekadar beri komen yg membina...
Semoga maju jaya dalam bisnes...
Tqsm...