Ingatkan Putrajaya ni tempat orang pakai baju kemeja, masuk pejabat pukul 9 balik pukul 4 sahaja.
Baru tau rupanya dekat Tasik Putrajaya ni pun boleh memancing tau. Ikan besar-besar pula, rugi la tak tahu dari awal
Tapi bukan sebarangan tempat la ya, untuk memancing anda boleh datang ke Rekreasi Air Sisiran Floria Putrajaya di Presint 4. Boleh letak kenderaan di Anjung Floria.
Kadar bayaran yang dikenakan adalah RM50 bagi satu joran, boleh memancing seharian ya !

Bagi kami ini memang inisiatif yang bagus untuk menghidupkan Putrajaya dengan aktiviti-aktiviti lain terutamanya pada hujung minggu.
Lokasi
Rekreasi Air Sisiran Floria Putrajaya, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 4, 62000, Putrajaya