Anda pernah dengar berkenaan Hotel Raia ? Terdapat 5 cawangan Hotel Raia di seluruh negara iaitu Raia Hotel & Convention Centre Alor Setar, Raia Hotel & Convention Centre Kuching, Raia Hotel Kota Kinabalu, Raia Hotel Penang dan juga Raia Hotel & Convention Centre Terengganu.
Kesemua hotel Raia ini dahulu namanya Hotel TH (Tabung Haji) dan diuruskan oleh TH Hotel and Residence Sdn Bhd (THHR).
Kemudian rangkaian hotel ini dipindah milik kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJ) dan diuruskan oleh syarikat milik penuh UJ iaitu UJ Property Management Sdn Bhd (UJPM).
Walaupun sudah dipindah milik, namun fungsi Hotel ini kekal bagi menempatkan jemaah Haji secara sementara sebelum berangkat ke tanah suci dan juga sebagai sumber pendapatan bagi Tabung Haji di waktu kebiasaan.
Bila macamtu fungsinya, kami ingatkan hotel ni membosankan dan untuk orang berumur saja. Rupanya kami silap.
Bila kami tengok Raia Hotel & Convention Centre Terengganu, boleh tahan menarik juga.
Raia Hotel & Convention Centre Terengganu

Raia Hotel & Convention Centre Terengganu adalah merupakan hotel bisnes yang terletak paling berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Gong Badak, Terengganu.
Hotel 4 bintang ini mempunyai 182 bilik terdiri daripada jenis Superior, Deluxe, Studio Suite, Executive Suite dan juga Presidential Suite.
Kolam Renang Dengan Gelongsor & Permainan Kanak-Kanak

Salah satu tarikannya adalah kolam renang siap ada gelongsor untuk kanak-kanak. Kolam mandi pun banyak tempat cetek dan siap ada kawasan ala-ala 'Lazy River'.


Kolam Khas Wanita
Untuk kaum wanita lagi best sebab ada kolam renang tertutup khas untuk wanita. Tak perlu risau dah soal aurat bila baju basah. Kat sini memang boleh mandi sepuas-puasnya.

Bilik Permainan Kanak-Kanak
Selain itu, ada juga bilik permainan kanak-kanak. Disini disediakan pelbagai barangan untuk mereka melakukan aktiviti. Kiranya memang seronoklah kalau bawa anak-anak ke sini, tak adalah mereka terperap sahaja dalam bilik tidur.

Bilik Penginapan Selesa
Kalau menginap disini memang seronok disebabkan bilik penginapan yang disediakan juga cukup kondusif dan menjamin keselesaan buat tetamu.



Boleh Datang Untuk Mandi Sahaja
Tapi, kalau orang tempatan yang tidak mahu menginap disebabkan tinggal berdekatan, anda boleh juga bawa anak-anak mandi kolam disini dengan kadar bayaran sangat berpatutan iaitu RM15 sahaja.

Alamat
Raia Hotel Kuala Terengganu, Jalan Lapangan Terbang, Kampung Telaga Batin, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu